Skip to main content

nasi tomato dari bumi moscow...

assalamualaikum wrb...
alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menggunakan segala nikmat-Nya yang sementara ini...

percaya atau tak yang sekarang ini bakat memasak aku ni dah semakin bertambah. hehehe. biasa la, tinggal kat luar negara ni perlu kreatif dan rajin untuk memasak. kalau tak mati kebuluran lar jawabnya (hehe.. hiperbola sikit).

hah! untuk menu makan malam aku dan kawan-kawan aku semalam adalah nasi tomato lauk ayam masak merah. ini adalah kali pertama aku memasak nasi tomato tau. kalau ayam masak merah tu, dah selalu... hehe. emm... macam mana terfikir nak buat nasi tomato ni ye? bukan apa, hari tu aku ada hubungi mama aku, dan tetiba je masuk topik nasi tomato. aku apa lagi, terus cari dalam laman google cara memasak nasi tomato. cari punya cari, jumpa la...

ha.. satu perkembangan yang baik! semua bahan untuk buat nasi tomato mudah dicari. selepas sahaja solat jumaat di kedutaan, aku dan kawan terus ke Ashan ( macam mydin or giant lar...) untuk cari bahan-bahan. balik je dari membeli belah tu, aku terus masak nasi tomato...

alhamdulillah, akhirnya nasi tomato PERTAMA aku siap dengan jayanya. yuppy! (tapi rasa tu boleh dipertingkatkan lagi lar,.. huhu.. nak buat macam mana, first time..) nah, tengok la gambar di bawah ye...

proses menumis sebelum memasukkan beras.

lauk ayam merah.

inilah hasilnya... sedapp....!
itu sahaja untuk kali ini...
jumpa lagi, insyaAllah..

assalamualaikum wrb.

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!




Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...