Skip to main content

rindunya nak makan................

assalamualaikum wrb....


apa khabar saudara-saudaraku sekalian? alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk menghirup oxigen-Nya dgn percuma...

huh! memang berat untuk aku menulis entry mengenai ini. tapi, dah tak ada idea sangat (x pergi jalan2 lagi, so, x de idea la.. huhuhu).. antara list makanan atau minuman yang dirindui adalah:

air batu campur.

apabila BUDU bertemu tempoyak
dan dimakan dengan ikan singgang.. perhhhh!

burger kampung
(kat sini ada burger, tapi banyak tak halal...)

karipap ubi campur daging...

keropok lekor cicoh sos lada...

mee goreng mamak @ basah, semua sedap...

nasi kerabu ayam panggang...

makanan kegemaran rakyat malaysia, nasi lemak..

pisang goreng sedap makan panas-panas...

pulut gaul nyior yang dibuat oleh mama and aboh...

rindunye makanan malaysia.... haha.. agak kelakar lar. baru je dua minggu kat sini, dah teringat kat makanan malaysia.. hehe.. tak patut... tapi tak pe, aku boleh merasa juga makanan orang barat macam mana kan? itu satu pengalaman yang sukar diperoleh oleh orang lain, bukan? huhu... bersyukurlah apa yang ada....

tu je kot untuk post kali ni. ok lar. nanti ada yang menarik akan di'post' lar ye... jumpa lagi...!


assalamualaikum wrb..

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!


p/s: x ada orang ke nak post kat aku makanan di atas tu... huhuhu..   :P






Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...