assalamualaikum wrb...
alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana kita msih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati kehidupan di dunia ini.
|
ketika di dalam masjid. |
alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk menjejaki satu lagi masjid yang terletak di bumi moscow ini. masjid ini terletak di kawasan Beloruskaya. Nama masjid ni, Bersejarah Moscor atau The Old Mosque of Moscow (Московская историческая мечеть). Tetapi aku lebih mesra memanggil masjid ini Masjid Tetyakov kerana ianya terletak berhampiran dengan Stesen Metro Tetrakovskaya. masjid ini agak kecil sedikit kalau nak dibandingkan dengan masjid sabornaya.
Dikatakan bahawa masjid ini adalah masjid tertua yang terdapat di Moscow ini. Allahu Allah. Begitu jauh islam tersebar. Terasa begitu kagum dengan semangat para pendakwah yang sanggup berkelana beribu batu demi menyampaikan kalimah syahadah dan menyebarkan agama yang cukup sempurna ini, Islam.
|
suasana di kawasan masjid. |
|
di hadapan pintu masuk masjid.
|
perjalanan kami ke sini ditemani oleh kakak2 senior yang baik hati... nak kate jauh tu boleh tahan lar. dalam satu jam perjalanan dari kawasan asrama aku ini. kami perlu berjalan kaki, menaiki bas dan juga menaiki metro (kereta api bawah tanah). semua ini adalah rutin biasa untuk bergerak di negara bekas komunis ini. setelah melalui semua itu, alhamdulillah, kami sampai tempat yang dituju...
|
sabar menunggu bas... |
|
sempat lagi bergambar di bus stop... |
|
ni suasana dalam bas. |
|
menuruni escalator untuk menaiki metro... *agak tinggi... |
|
suasana di tempat menunggu metro. |
suasana kawasan masjid agak tenang dengan masyarakat islam yang sangat mesra... bersebelahan masjid ini juga terletak sebua kafe halal. jadi, sebelum aku serta rakan-rakan yang lain menunaikan solat zohor di masjid tersebut, kami sempat menikmati makanan di kafe tersebut. alhamdulillah, aku dapat bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang muslim di sana. banyak juga yang kami bualkan. yang paling best, beliau mengatakan bahawa
"Malaysia is good and beautiful country". huhu.. alhamdulillah...
|
ni kat dalam kafe halal tu.. |
|
menikmati juadah halal... alhamdulillah. |
|
ini ploaf- lebih kurang nasi arab kot.
nasi macam nasi briani, makan dengan daging.
harga RM12 |
|
ini manti - berintikan daging...
harga RM 12 |
setelah makan, kami masuk ke masjid dan menunaikan solat zohor. suasana di dalam masjid lebih kurang dengan masjid di malaysia. sungguh cantik, aman dan menarik. alhamdulillah, suasana dalam masjid ini juga dipenuhi dengan masyarakat islam yang tekun menunaikan ibadat kepada Allah...
Alamat:
Historical Mosque , Moscow
Bolshaya Tatarskaya ulitsa, Street 28, page 1, Moscow, Russia, 115184
Untuk Maklumat lebih lanjut mengenai masjid ini:
PAUTAN
video pendek suasana di dalam masjid.
itu sahaja untuk entry pada kali ini. semoga Allah mempertemukan kita kelak. insyaAllah...
assalamualaikum wrb.
salam seribu kali sayang dari bumi moscow!
salam. MasyaAllah, indahnya.. :) sronoknya jdi prantau ngra org, apatah lgi jdi stdnt...hehe
ReplyDelete