alhamdulillah, perjalanan hari pertama aku diteruskan lagi. setelah menimba ilmu dan menyelusuri sejarah Mustafa Kemal Atartuk, aku menjejaki pula sebuah masjid yang terbesar di Ankara dan salah sebuah masjid yang terbesar di Turki.
Masjid Kocatepe telah dibina antara tahun 1967 dan 1987 di Kocatepe, sebahagian daripada Kizilay. saiz serta kubah masjid telah menjadikan ia satu mercu tanda yang boleh dilihat dari hampir di mana sahaja di pusat Ankara. masjid ini dibina dengan ciri-ciri neo-klasik, seni bina Uthmaniyyah. subhanaAllah. memang terasa begitu indah ketika berada dalam masjid ini dan seni bina Islam sememangnya amat unik serta menarik.
ketika aku sampai di masjid ini, aku telah disapa oleh salah seorang pengawal masjid yang bertugas. walaupun masalah bahasa menjadi penghalang kefahaman aku, namun aku boleh la faham sikit-sikit daripada gaya badan (body language) yang digunakan.
antara point menarik dalam perbualan kami itu adalah, Islam itu bersaudara. tak kira kamu dari mana dan apa jua bangsa. Allahu Akbar, indahnya islam kan? teringat akan satu firman Allah.
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu"
(Al-Hujurat : 10)
gambar-gambar kenangan..
wassalam. insha Allah, next entry akan menyusul.. ^_^
p/s: sumber, wikipedia
indahnya di sana, :D
ReplyDeleteyup... kan.. =)
Delete