Skip to main content

Travelog Musafir, Turki : iftitah


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.

Segala puji hanya untuk Allah yang telah menghidupkan kita, yang telah memilih kita untuk terus berjalan melangkah kaki di atas muka bumi-Nya. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wrh.
Kata orang, ilmu itu perlu dikongsi. Tak baik kedekut ilmu kan. Hehe. Alhamdulillah kerana diri aku ini telah diberi peluang oleh Allah untuk melangkahkan kaki menjejakkan jasad melihat kebesaran serta keagungan ciptaan Allah di bumi Turki, insha Allah akan aku sampaikan segala ilmu dan pengalaman kepada sang pembaca sekalian (ada ke yang bace ea??? Hehe).

Niat dihati bukanlah untuk menimbulkan perasaan iri serta dengki pada jantung hati kalian, bukan juga ingin membangga diri tetapi hanya menyampaikan secebis ilmu yang bermanfaat agar kita semua mampu mengambil ibrah (pengajaran) dari segala pengalaman yang dipungut sepanjang jaulah (melancong) ini, insha Allah.

Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". [Ar-rum:42]

Sepintas lalu mengenai "Travelog Musafir, Turki". Perjalanan bermula pada 28hb Januari 2013 hingga 6hb Febuari 2013, ketika cuti musim sejuk yang lalu. Antara tempat yang dilawati ketika di Turki adalah Istanbul, Ankara, dan Cappadocia.


Insha Allah, semoga Allah merahmati kita semua dan sentiasa meletakkan kita atas landasan islam yang benar. Ameenn...

Wassalam.
P/s: bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf