assalamualaikum wrh.
alhamdulillah, setelah dua entry diterbitkan, insha Allah untuk entry kali ni aku akan 'tampal' beberapa keping gambar sekitar Bandar Ankara. aku ronda-ronda Ankara ini pada hari kedua pengembaraan di bumi Turki. Alhamdulillah, banyak perkara yang aku lihat dan rasa. antaranya, makanan masyarakat turki (aku makan "Iskender"-ad gambar kat bawah ni ye. cari le... hehe), dan aku berpeluang melihat sekitar keunikkan bandar Ankara ini.
untuk maklumat, pada asalnya, ibu negara Turki adalah Istanbul. Namun, setelah Mustafa Kemal Atartuk memerintah, beliau mengalihkan ibu negara Turki daripada Istanbul ke Ankara. ada yang berpendapat bahawa Kemal Atartuk menjadikan Ankara sebagai ibu negara Turki untuk mewujudkan satu suasana masyarakat yang jauh dari Islam (sekular) berbanding Istanbul yang ke-Islam-mannya lebih jelas. jika dilihat dari segi geografinya, Ankara ini terletak di tengah-tengah Negara Turki dan maybe bagi aku geologi nya agak tidak strategik untuk dijadikan ibu Negara berbanding Istanbul. Allahu'alam.
biarlah gambar-gambar ini berbicara ye. hehe. bukan malas nak menaip, tetapi biarlah korang menafsirkan gambar itu sendiri. ^_^
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan