Alhamdulillah, hari pertama pengembaraan aku bermula di Ankara, ibu kota negara Turki. Di sinilah terletaknya kubur serta muzium yang mengisahkan kehidupan Mustafa Kemal Atartuk, Anitkabir, Ankara (Turki).
Aku mulakan travelog ini dengan kisah seorang manusia yang mungkin tidak asing lagi di bumi Turki iaitu, Mustafar Kemal Atartuk atau nama 'glamor'nya Kemal Atartuk (KA). sebelum aku sampai ke bumi Ankara ini, ya memang tidak dinafikan aku seorang yang hanya sedikit pengetahuan mengenai kisah si Kemal Atartuk. tetapi, Alhamdulillah Allah memilih aku untuk mengkaji atau mengetahui kisah seorang pemimpin bernama Kemal Atartuk ini.
siapa dia dan apa kaitannya dengan Islam?
kalau nak dirungkaikan sejarah kehidupannya, memang panjang. Namun, di sini biarlah aku mengambilnya secara ringkas dan overall sahaja. Kemal Atartuk pemimpin Islam yang dilaknat oleh Allah kerana telah bertanggungjawab menamatkan sistem Khalifah Islam Turki Uthmaniyah 1923M.
antara perkara peng"sekular"an atau pem"barat"an yang dilakukan oleh Kemal Atartuk adalah,
1. menandatangani perjanjian Luzan.
2. Menukar peraturan syariat islam dengan undang-undang barat.
3. memisahkan serta mengasingkan urusan agama dengan politik dan agama.
4. Azan ditukarkan kedalam bahasa Turki.
5. al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. memaksa wanita membuka atau mendedahkan aurat.
7. ditukarkan cuti umum pada hari Ahad.
8. menukarkan tulisan Arab kepada Latin words.
kisah penuh dan sumber boleh rujuk di: Mustafa Kemal Atartuk Pemimpin Islam Yang Dilaknati Allah.
Ilmu mampu menguasai Dunia
antara perkara yang aku amat terkesan dengan sejarah Kemal Atartuk adalah sifat keilmuan dan dahagakan ilmu itu. aku amat terkejut serta tertarik apabila diberi penerangan oleh pegawai muzium bertugas bahawa Kemal Atartuk ini amat suka membaca buku. ya, aku melihat lebih kurang 3 000 buah buku yang tersimpan rapi dalam muzium tersebut. pelbagai genre buku yang telah dibaca oleh Kemal Atartuk dan yang paling banyak adalah SEJARAH. nah, nampak disini bahawa dengan ilmu kita mampu menguasai dunia. maka, tak hairan lah Kemal Atartuk mampu menguasai Turki dan seterusnya menghancurkan Sistem Khalifah Islam Turki Uthmaniyah.
terkesan. Insha Allah, ayuh umat Islam, sama-sama kita ubah diri kita untuk lebih erat dengan buku dan sentiasa menjadi hamba Allah yang dahagakan Ilmu. ameennn.
Mayat tidak diterima bumi?
dikhabarkan mayat Kemal Atartuk ini tidak diterima bumi. setelah meninggal dunia, KA telah disimpan di salah sebuah muzium di Turki. namun, setelah beberapa ketika, mayat tersebut dibawa ke Ankara dan ditempatkan di Anitkabir ini. Dikhabarkan mayatnya tak dikebumikan, namun hanya dimasukkan ke dalam keranda yang dipenuhi tanah dari tempat kelahirannya dan beberapa tanah dari daerah lain di Turki.
pernah ulama Turki berkata, "Mayat Mustafa Kemal Atartuk ini bukan sahaja tidak diterima oleh bumi Turki ini, namun di seluruh bumi Allah ini".
masya Allah, nauzubillah. semoga Allah menjauhkan kita daripada perkara tersebut. ameennn..
pengajaran
daripada sejarah, kita mampu menerbitkan masa depan gemilang. belajarlah dari sejarah Mustafa Kemal Atartuk ini dan berusahalah untuk mengubah diri agar Islam terus terbela. ingat, ayuh carilah ilmu dan rajinlah membaca.
sekeping gambar seribu cerita
7 meter dibawah ini terdapatnya makam Mustafa Kemal Atartuk |
wassalam.
insha Allah, jumpa di next entry!
hopefully one day i will b there too..
ReplyDeleteinsyaAllah..
insha Allah. mengembara lah di bumi Allah...
Delete