Skip to main content

cerpen: memori amin

*CERPEN INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN SESIAPA SAMA ADA YANG MASIH HIDUP MAHU PUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Bayu malam menghembus membuatkan diri aku dibuai kenangan. Aku melihat di langit sana, jutaan bintang bertaburan di angkasa. Agungnya kuasa Tuhan. Tiba-tiba aku teringat memori aku ketika bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama di Negeri Darul Iman. 

 Sambil menikmati kebesaran Sang Pencipta, tedetik di hatiku, “Ya Allah, sesungguhnya amanah yang Engkau berikan kepada aku ini amat berat untuk aku memikulnya”. Pada sebelah pagi tadinya, aku telah menerima berita bahawa aku telah dipertanggungjawabkan menjadi antara barisan pimpinan pelajar di sekolah. Terus bermain di benakku, patutkah aku menerimanya? Adakah aku betul-betul layak? Persoalan itu terus bermain-main bersama emosiku. Jika akulah yang telah dipilih oleh Allah untuk memikul amanah ini, maka aku betul-betul berharap agar aku dapat menjalankannya dengan penuh integriti. Haaa...sepanjang hari itu aku tidak dapat fokus semasa sesi pembelajaranku. Asyik terfikir akan tanggungjawab itu.

“Apa pendapat kau tentang amanah yang Cikgu Faridah bagi kepada aku pagi tadi?” soal aku kepada Fakrul, teman baikku.

“InsyaAllah. Aku percaya kau akan dapat lakukannya. Percayalah Amin,”balasnya dengan muka penuh bersemangat.

Kata-kata sahabatku itu membuatkan diri aku tiba-tiba dimasuki keyakinan. Aku percaya apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata ini, ‘Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya’. Allah mengetahui apa yang hamba-Nya tidak ketahui. Pada malam itu aku tidur dengan lenanya kerana hatiku telah menjadi tenang. Terima kasih Fakrul.

Jam menunjukkan tepat pukul empat pagi. Walau berat rasa diri ini untuk bangun, namun aku gagahi juga. Tuala yang tersidai di tingkap dorm, aku capai dan terus masuk ke dalam bilik air. “Sejuknya air pagi ni...,” gersik hati kecil ini. Usai mandi dan berwuduk, aku melakukan solat sunat Tahajud disusuli dengan solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, dan solat sunat Istikarah. Selepas itu, aku segera mengejutkan ahli dorm aku yang terdiri daripada Fakrul, Faizal, Kamil dan Khairil. Paling liat yang mahu bangun ialah Kamil. Puas aku dan rakan-rakan dorm aku, dorm Umar Bin abdul Aziz atau nama glamornya (DUAZ) mengejutkannya, namun tiada hasil.

“Aku ngantuk la.. semalam aku tidur lewat siapkan kerja Biology yang Cikgu Shahirah bagi tu. Kau orang kejut aku sebelum ke surau nanti ye..,” keluh Kamil.

Sementara menunggu rakan-rakanku yang lain melakukan aktivit qiamulail nya, aku segera mencapai buku teks Biology yang telah tersedia di atas meja belajar aku. Masa untuk menelaah pelajaran. Kata orang, waktu sebegini amat sesuai untuk menelaah pelajaran kerana suasananya amat tenang dan nyaman. Mudah bagi aku untuk menghafal terms biologi yang sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi. Usai sahabatku yang lain menunaikan solat sunat, kecuali Kamil yang masih lena dibuai mimpi, kami semua mengulangkaji pelajaran bersama.

“Jom. Dah nak masuk waktu Subuh ni. Aku akan ke bilik operasi untuk azan. Kamu semua pergi kejutkan pelajar yang lain,” kata Faizal. “Baiklah!” sahut kami semua.

            Fakrul pergi mengejutkan dorm-mate kami, Kamil dan seterusnya dia dan Fakrul bergegas mengejutkan pelajar lain di blok Ibnu Sina ini. Aku dan Khairil perge ke blok sebelah, blok Al-Khawarizmi untuk mengejutkan pelajar-pelajar di blok sana. Alunan merdu azan yang dikumandangkan oleh Faizal itu telah membuatkan para pelajar terus menuju ke arah surau yang terletak di tengah-tengah antara blok Ibnu Sina dan blok Al-Khawarizmi. Setelah melihat surau Ar-Rahman itu penuh, Faizal mangalunkan iqamah pula. Solat Subuh pada pagi itu diimamkan oleh imam bertugas iaitu saudara Shafiq. Usai solat subuh, kini giliran aku untuk menyampaikan tazkirah subuh. Tazkirah ini dijalankan oleh bergilir-gilir oleh beberapa pelajar yang telah ditetapkan. Aku memilih untuk menyampaikan tazkirah mengenai ‘penyakit hati’ dan semua pelajar memberi sepenuh perhatian.Selepas selesai aktiviti di surau, kami menuju ke dema atau dewan makan. Kami bersarapan nasi lemak bersama air Milo.

Setelah itu, kami bersiap dan menuju ke sekolah. Aktiviti sekolah aku bejalan seperti biasa. Sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung, semua pelajar diwajibkan menghadiri roll-call dan mereka semua dikehendaki menyertai aktiviti tadarus quran. Aktiviti ini dijalankan setiap hari.

Hari-hariku berjalan sepert biasa. Namun ada juga beberapa hari yang amat mencabar dan menuntut aku untuk lebih bersabar sebagai seorang pemimpin pelajar. Ada satu ketika, sabarku melampaui batas. Pada suatu malam, aku berasa begitu tercabar dengan seorang pelajar di tingkatan dua. Tindakannya betul-betul menuntut aku menggunakan kuasa aku untuk mengambil tindakan. Aku menampar pelajar tingkatan Dua Bestari itu. Aku juga mengadakan roll-call secara mengejut kepada semua pelajar. Aku mendenda mereka semua.

“Abang tahu ini bukannya salah kamu semua. Tapi salah dia seorang sahaja. Ada kamu fikir, kenapa abang denda kamu semua? Bukan abang tidak berlaku adil tapi abang lakukan ini bersebab. Abang mahu kamu bersatu. Hayatilah makna surah al-asr. Berpesan-pesan kepada  kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Jika kawan kamu buat salah, kamu mesti tegur. Kamu tidak boleh bersikap penting diri. Kita tinggal di asrama ni macam satu keluarga. Adik-adik, ingat pesan abang, Allah akan menurunkan bala bukan sahaja kepada mereka yang melakukakan kemungkaran tetapi kita semua juga akan kena,” kata aku dengan panjang lebar.

“Ya Allah, adakah betul apa yang aku lakukan ini. Sehingga sanggup menampar dia. Ya Allah, jika aku silap, ampunilah dosa aku. Ampunilah dosa dia dan berikanlah petunjuk kepadanya. Sesungguhnya niatku adalah untuk mengajarnya,” rintih jiwaku.

Keesokan harinya, aku bertenu dengan pelajar tersebut. “Ramli, abang minta maaf apa yang terjadi semalam. Bukan niat abang untuk buat macam tu.” “Tak ada apa-apa lah abg. Saya ok je..”balas Ramli.

Setelah hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Tibalah masa untuk aku melepaskan jawatan yang aku sandang ini kepada pelajar tingkatan empat, Hairul. Pelbagai tips dan nasihat telah aku curahkan. Bebanan aku mulai kurang. Hairul menjalankan tugas dengan pnuh dedikasi. “Selepas ini bolehlah aku fokus pada study,” berkata hatiku.

Hari berlalu dan waktu untuk aku menduduki peperiksaan yang akan menentukan hidupku bermula. Iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada malam sebelum peperiksaan itu, sudah menjadi kebiasaanku untuk memohon restu, maaf dan berkat dari semua guruku, ibu bapaku dan para sahabatku. Barulah berkat apa yang kta belajar tu.

Setelah hampir sebulan aku bertarung dengan buku-buku dan waktu. Akhirnya aku selesai menduduki SPM. Perasaan aku, Tuhan sahajalah yang tahu. Subjek terakhir aku adalah Biologi. “Merdeka!!!!”. Aku pulang ke rumah. Selepas beberapa hari di rumah, aku terasa begitu rindu akan suasana sekolah. Rindu akan gelagat manja adik-adik ku. Rindu akan pelbagai ragam adik-adik di sana. Kalaulah masa itu mampu diputarkan, ingin saja aku kembali ke masa silam. Namun, semuanya mustahil.

Tatkala rinduku membuak-buak, terdetik untuk aku bagi menghantar sms  kepada Ramli, budak yang penah aku tampar dahulu. Sms aku berbunyi,

Assalamualaikum dik, abang nak minta maaf kerana pernah menampar Ramli. Doakan abang supaya cemerlang dalam SPM ye....  kalau kita tak sempat jumpa, Ramli jaga diri elok-elok di sana. Tahun depan PMR. Belajar elok-elok ye..

Setelah beberapa ketika, telefon aku berbunyi. “bibb...bbiiibbb..” aku terus membuka dan sms itu datangnya dari Ramli.

Wa’salam. insyaAllah. Abang pun jaga diri elok-elok kat rumah sana. Ramli akan doakan abang. Abang, sebenarnya Ramli nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab kalau tak kerana abang, mungkin Ramli tak jadi ‘manusia’ begini. Mungkin Ramli lebih lalai. Ramli masih mahukan nasihat dari abang....

Sms itu membuatkan mataku berkaca. Dan pipiku dibasahi dengan air mata yang mencurah-curah. Kata-kata yang dihantar oleh Ramli betul-betul menyentuh perasaan aku. Itulah memori yang paling indah ketika aku berada dalam alam persekolahan. Alangkah indah kiranya waktu itu mampu aku hentikan. Oh Tuhan, selamatkanlah mereka dan Engkau lindungilah mereka sekiranya tiada lagi kesempatan bagiku untuk melihat mereka.

Tiba-tiba, pandangan aku menjadi gelap gelita. Aku cuba untuk melafazkan kata-kata, namun tiada siapa yang menyahut kata-kataku itu. Aku cuba bangun, namun tidak terdaya. Mak!!! Ayah!!! Di manakah aku? Oh Tuhan....

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf