Skip to main content

CEGAH AIDS TUNAIKAN JANJI



“Bukan dipinta untuk jadi begini”. Mungkin kata-kata tersebut bermain-main jauh  diruang hati seorang insan yang mengidap penyakit AIDS. Namun, semuanya sudah terlambat dan itulah qadak dan qadar Sang Maha Kuasa. Nasi sudah menjadi bubur. Kehidupan harus ditempuh dengan seribu kekuatan mengharungi onak dan ranjau dimana semua ini terpaksa ditelan walaupun sepahit hempedu. Mungkin dianggap sebagai sampah masyarakat, namun hanya Tuhan sahaja yang mengetahui siapa mereka sebenarnya. Masyarakat tidak sewajarnya meminggirkan golongan ini malah seharusnya mengambil peluang untuk memahami apa itu sebenarnya penyakit AIDS dan seterusnya dapat mencegah daripada penyakit ini. Jika ditanya kepada umum, mungkin tidak sampai 20 peratus yang benar-benar memahami apa itu sebenarnya AIDS. Acquired Immune Deficiency Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit adalah merupakan definisi terhadap perkataan AIDS itu sendiri. Jika dirungkai lebih mendalam lagi, AIDS boleh ditakrif sebagai kumpulan penyakit yang dihidapi oleh mereka yang dijangkiti virus HIV, akibat sistem daya tahan badan yang telah lemah atau musnah dan ini merupakan fasa klimaks jangkitan HIV. Apa pula HIV? HIV boleh diistilahkan sebagai Human Immunodeficiency Virus atau sejenis retrovirus yang bertindak melemahkan serta memusnahkan sistem daya tahan badan manusia. Oleh itu, bagi memberi pendedahan dan pemahaman yang mendalam terhadap gejala ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah lembayung kepimpinan Dato’ Seri Liow Tion Lai telah menyahut seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dengan mengadakan Sambutan Hari AIDS Sedunia dengan tema ‘Cegah AIDS Tunaikan Janji’.

Sebelum kita melangkah jauh mengupas isu ini, eloklah kita mengerti bagaimana virus HIV boleh menyebabkan AIDS,kata orang tak kenal  maka tak cinta. Menurut buku ‘AIDS Membunuh’ keluaran Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa virus HIV boleh bertindak dengan melemahkan serta memusnahkan sel-sel darah putih yang tertentu dalam badan manusia. Dimana, sel darah putih ini melakonkan peranannya sebagai benteng atau pembantu bagi melawan penyakit daripada menyerang manusia. Gemilangnya tamadun China kerana adanya Tembok Besar China yang menjadi benteng utuh menahan serta melawan musuh. Begitulah jika ingin dianalogikan fungsi sel-sel darah putih yang tertentu dalam badan manusia. Justeru itu, runtuhnya tembok pertahanan akan menyebabkan badan seseorang tidak dapat menahan dirinya daripada jangkitan kuman-kuman lain serta sel-sel barah yang dapat dihindarkan oleh mereka yang sihat. Mengetahui cara jangkitan virus HIV ini dengan lebih awal adalah satu langkah proaktif yang mampu mengelakkan kita daripada terjerumus kedalam ‘alam’ AIDS ini. Antara cara tersebut adalah perkongsian jarum suntikan, hubungan kelamin dan lain-lain lagi. Virus HIV mampu menular di dalam darah, air mani atau cecair faraj orang-orang yang dijangkiti. Konklusinya, sebagai insan yang mempunyai akal serta mampu berfikir, kita sewajarnya mengambil tindakan cepat atau langkah awal bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit ini. Sediakan payung sebelum hujan.



            “Insan yang cemerlang ialah mereka yang menggunakan akal fikirannya untuk berfikir,” pakar motivasi tanah air. Runtaian kata tersebut membuat kita berfikir sejenak, meluaskan pemikiran seluas saujana mata memandang. Oleh itu, sebagai insan cemerlang kita mampu berfikir untuk menjauhi AIDS, selaras dengan tema sambutan Hari AIDS Sedunia, ‘Cegah AIDS Tunaikan Janji’. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Cara pertama ataupun langkah awal yang mampu kita lakukan adalah dengan memilih untuk menjauhi penyalahgunaan dadah. Tahukah kita bahawa Malaysia merupakan diantara Negara yang mana wabak HIV dikaitkan dengan  penyalahgunaan dadah iaitu lebih daripada 70% kes HIV atau AIDS dalam kalangan Penagih Dadah Suntikan. Nah,satu fakta yang amat menakutkan kita! Sudah terang lagi bersuluh bahawa faktor dominan bagi penularan kes ini adalah penyalahgunaan dadah melalui Penagih Dadah Suntikan. Menyedari hakikat tersebut, kerajaan telah menggerakkan satu modus operandi yang mampu mengurangkan masalah ini iaitu Program Pengurangan Kemudaratan. Program ini merupakan pendekatan yang diambil bagi menurangkan kemudaratan terhadap jangkitan HIV, Hepatitis B dan C semasa berkongsi jarum suntikan dan bahaya pengambilan dadah berlebihan melalui jarum suntikan. Justeru itu, penyakiyt AIDS mampu diatasi sekiranya seseorang itu menegaskan dirinya untuk menjauhi penyalahgunaan dadah selaras dengan misi kerajaan mengisytiharkan perang terhadap dadah.

            Menyelusuri kupasan isi seterusnya, langkah pencegahan ini boleh diealisasikan dengan memilih untuk setia dan menunaikan janji. Hal ini kerana, setia kepada yang tersayang dan menunaikan janji sebagai pasangan mampu mengelak daripada terhumban kedalam penyakit yang sehingga kini tiada penawarnya. Setiap ikatan perkahwinan itu mestilah bertunjangkan kesetiaan dan bersulamkan kasih sayang barulah akan menatijahkan satu kehidupan yang harmoni. Elakkan daripada terlalu bersosial sehinggakan melakukan perkara sumbang seperti seks bebas yang sememangnya haram disisi agama. Menurut Jabatan Kesihatan, ujian HIV juga boleh dibuat oleh keluarga di mana-mana hospital kerajaan bagi kebaikan kelurga tersebut. Untuk pengetahuan umum, ujian yang disediakan tersebut tidak dikenakan sebarang caj dan ianya adalah percuma. Tambahan lagi, setiap keputusan daripada ujian tersebut akan dirahsiakan oleh pihak hospital. Selain itu, bagi membendung masalah penularan virus HIV ini, kerajaan telah mewajibkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga harus menjalani ujian HIV terlebih dahulu. Hal ini bertujuan untuk mematikan kelangsungan hidup setiap pasangan tersebut. Konklusinya, wabak penyakit AIDS ini mampu diatasi sekiranya setiap diantara kita berpegang kepada apa yang dikatakan setia dan menunaikan janji kita untuk mewujudkan keluarga bebas HIV.

Tambahan lagi, antara usaha yang mampu menjauhkan seseorang itu daripada menghidap AIDS adalah melalui pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang amat penting terutamanya pendidikan seawal setahun jagung. Mereka yang dididik semenjak dari rebungnya lagi mampu melahirkan generasi Malaysia yang akan datang bebas daripada penyakit AIDS. Tidak mustahil Malaysia akan muncul sebagai negara pertama yang keluar daripada neraka AIDS ini sutu hari nanti. Melihat sistem pendidikan negara, ianya perlu diasah dan dipertajamkan lagi kerana melalui subjek Pendidikan Kesihatan serta subjek Sains ini mampu menanam perasaan benci akan penyakit AIDS. Selain itu, pendidikan pencegahan HIV atau AIDS ini juga boleh berlangsung di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan mereka secara maksimun dan optimum. Melentur buluh daripada rebungnya. Kelahiran seorang manusia pada awalnya seperti sehelai kain putih yang ditentukan coraknnya oleh ibu bapa. Selain itu, peranan media massa arus semasa seperti media cetak mahupun elektronik amat penting kerana mereka ini merupakan medium terbaik meluaskan pendidikan pencegahan AIDS. Kesimpulannya, aktiviti pencegahan AIDS ini mampu terlaksana sekiranya mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan pencegahan AIDS itu sendiri.

Data survelan HIV dan AIDS menunjukkan sehingga bulan Jun 2009, sejumlah 86,127 kes HIV telah dilaporkan kepada kementerian Kesihatan Malaysia.  Daripada jumlah ini seramai 14,955 kes telah dilaporkan menghidap AIDS dengan 13,003 kematian akibat HIV dan AID dicatat.  Sehingga bulan Jun 2009, sejumlah 73,124 merupakan orang yang hidup dengan HIV dan AIDS.-sumber daripada Majlis AIDS Malaysia.

Apakah perasaan kita melihat data tersebut? Jika dilihat dengan mata  hati, data ini merupakan satu statistik yang amat menakutkan kita. Lebih menakutkan lagi, menurut Majlis AIDS Malaysia, hampir 10 rakyat Malaysia dijangkiti HIV setiap hari! Nah, sudah terang lagi bersuluh! Usah berlengah lagi. Ayuh rakyat Malaysia, berlandaskan semangat 1Malaysia kita sama-sama bersatu tidak mengira warna kulit, latar belakang mahupun agama menzahirkan impian kerajaan untuk mengurangkan kadar pesakit AIDS di Malaysia. Ironinya, kesepakatan amat perlu kerana kerja yang sukar jika dilakukan bersama akan menjadi mudah. Kata orang, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencegah daripada AIDS dan menunaikan janji kita untuk melahirkan generasi Malaysia yang sihat. Marilah kita renungkan, sekiranya kita tidak mengambil langkah sederap pada masa kini, apa yang akan terjadi kepada generasi pasca merdeka akan datang? Hidup dikelilingi dengan virus HIV dan AIDS? Adakah kita akan dipersalahkan kelak? Fikir-fikirkan...

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,        ...