assalamualaikum wrh...
ingat lagi post sebelum ni? [ klik di sini ] aku ada cakap yang aku telah berjalan-jalan makan angin di bumi St. Petersburg ni. so, ada satu kisah yang aku rasa sesuai untuk aku merancakkan lagi blog aku ni..dah tak ade idea lain dah...
ok, begini kisahnye...
alkisah semasa aku dan kawan2 yang lain sampai di bumi ini, kami merancang untuk melawat serta bersolat di sebuah masjid. jadi, selepas mencari hotel dan melepaskan penat kami seketika, kami meneruskan "misi" mencari masjid tersebut. alhamdulillah, ianya tak lah jauh yang kami sangkakan. amat mudah bagi kami untuk mencarinya... alhamdulillah.
ketika kami sampai di hadapan pintu masjid, ada seorang lelaki tua (penjaga masjid) melihat kami. kami bertanya untuk masuk dan solat di sini. namun, kami tidak berkesempatan. kenape? haa... sebab awal lagi. waktu asar pun tak masuk lagi. emm... fikir punye fikir, perut pun dah mengeluarkan isyarat. kami ape lagi, mencari kedai halal dan memenuhi kehendak perut ini. huhu.
alhamdulillah, kedai halal pun dekat je dengan masjid tu. selepas makan, kami pun terus ke masjid. baru je nak masuk pintu masjid tu, tetiba pak cik tadi mengunci pintu dan tak benarkan kami masuk.
mengapa? apa yang anda fikir?
sama dengan kami. pelik dan pening!
selepas bertanya, rupa-rupanya kami terlewat! masjid ni akan dibuka hanya ketika waktu solat. huhh! agak kecewa. rasa hampa dan rasa nak marah. bile difikir-fikirkan mungkin ada hikmahnya. so, apa boleh buat, kami hanya bersolat di taman yang terletak berhampiran masjid itu.
alhamdulillah. kami diberi kesempatan untuk bersolat di dalam masjid tersebut pada hari terakhir kami di sana. terharu dan sangat bersyukur. lebih manis lagi, kami juga sempat bergambar dengan imam masjid ini dan juga berbual-bual dengan masyarakat atau komuniti islam di sini. alhamdulillah. sedikit sebanyak aku belajar sesuatu.
"tolong doakan saudara kita di palestin, afganistan dan seluruh umat islam. sesungguhnya doa orang yang bermusafir ini mudah dimakbulkan. insha Allah, " kata salah seorang jemaah masjid. teringat akan sepotong ayat yang sering kita dengar 'sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara'.
jauh disudut hati aku, aku berharap, semoga cahaya islam di Bumi soviet ini terus melemparkan sinarnya. insha Allah. ameennn...
kesimpulan. beberapa perkara yang aku pelajari.
pertama, mengenai masjid hanya dibuka pada waktu solat : disini, aku pelajari bahawa kita sangat digalakkan untuk menunaikan solat di awal waktu dan jangan melengah-lengahkan solat...
dan yang kedua, sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara!
wassalam...
ingat lagi post sebelum ni? [ klik di sini ] aku ada cakap yang aku telah berjalan-jalan makan angin di bumi St. Petersburg ni. so, ada satu kisah yang aku rasa sesuai untuk aku merancakkan lagi blog aku ni..

Russia sebenarnya adalah negara yang sgt cantik..sy berharap akan ke Russia tahun hadapan...insyallah
ReplyDeleteyup.. ni pun x sempat utk meneroka seluruh tempat di russia... insha Allah.
Delete