Berkorban apa saja
Harta dan juga nyawa...
Alhamdulillah ×100
syukur kehadrat Allah yang telah memberikan peluang kepada kita untuk merasai, menikmati dan merayakan Aidiladha 1433H ini.
Aidiladha atau hari raya korban ini membawa seribu satu makna buat aku dan juga mungkin mereka yang lain. Meluaskan lagi erti kata 'korban' itu, menuntut aku untuk terus menghayati apa sebenarnya yang terkandung secara tersirat mahupun yang tersurat.
Tahun ini merupakan tahun ke dua aku beraya aidiladha di bumi asing ini. Demi ilmu dan cita-cita, aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluarga di Malaysia lebih menjadikan diri aku ini menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Ya, jauh di lubuk hati terasa juga hiba dek kerana sedang keluarga dan saudara mara berkumpul serta merayakannya, aku disini berjihad di medan ilmu untul dibawa pulang kelak...
"Tak mengapa, demi ilmu, demi keluarga, demi agama dan demi umat, pengorbanan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak," pujuk hati ini agar terus berjuang, insha Allah...
My dear brothers and sisters in Islam, mari kita renung sejenak akan pengorbanan orang sekeliling kita terutamanya ibu bapa kita. jika dihitung dengan jari jemari sudah tentu tidak akan cukup. Jika dinilai dengan wang ringgit sudah tentu tidak akan ternilai. Tetapi, adakah kita menghargai pengorbanan mereka itu? Insha Allah, semoga kita menjadi insan yang menghargai setiap pengorbanan mereka. Ameennn... jika kita tidak mampu, cukuplah sekadar doa utk kesejahteraan mereka dunia akhirat. really miss them! T_T
Jadilah insan yang berkorban demi sebuah pengorbanan...
Wassalam...

perjalanan menuju kedutaan malaysia di russia untuk solat aidiladha |
mendengar khutbah aidil adha yang disampaikan oleh uncle zul. |
My dear brothers and sisters in Islam, mari kita renung sejenak akan pengorbanan orang sekeliling kita terutamanya ibu bapa kita. jika dihitung dengan jari jemari sudah tentu tidak akan cukup. Jika dinilai dengan wang ringgit sudah tentu tidak akan ternilai. Tetapi, adakah kita menghargai pengorbanan mereka itu? Insha Allah, semoga kita menjadi insan yang menghargai setiap pengorbanan mereka. Ameennn... jika kita tidak mampu, cukuplah sekadar doa utk kesejahteraan mereka dunia akhirat. really miss them! T_T
salam sayang dari bumi soviet! |
Jadilah insan yang berkorban demi sebuah pengorbanan...
Wassalam...
Love u to
ReplyDelete