Skip to main content

Ditegur


"Ya Allah, lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke 'rumah-Mu'," detik hati ini...

Sejak dua tiga minggu ini, kurasakan sangat rindu untuk beriktikaf di rumah yang penuh ketenangan itu, masjid. Ya, memang benar. Aku akui sukar bagi aku untuk menjejakkan kaki apatah lagi bersujud di dalam rumah Allah dek kerana kehidupan dibumi asing bagi islam ini. Perjalanan menuju ke masjid ini tidaklah begitu jauh hanya memakan masa hampir 1jam sahaja. Namun, kerana kemanisan dunia telah memberatkan kaki serta hati ini untuk singgah di sana. Fuhhh.. sangat memerlukan pengorbanan dan iktikad yang kuat....

"dari niat, terlahirnya perbuatan"

gmbr hiasan

Alhamdulillah, hari ini Allah telah ringankan kaki ini untuk melangkah dan terus melangkah menuju rumah-Nya. Dulu aku pernah ke sini. Masih teringat lagi akan cebisan memori kali pertama aku melabuhkan diri, sujud menunaikan kewajipan seorang mukmin. Alhamdulillah×100. Tak terkata di mulut ini kecuali melahirkan puji-pujian kepada Illahi. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang merasai ukhuwah Islamiah di sini. Biarpun kami berbeza ketinggian, berbeza warna kulit dan berbeza bahasa pertuturan, Namun kami tetap berkiblatkan yang satu, berTuhankan yang satu dan berakidah yang satu. Indahnya islam...

"Sesungguhnya islam itu bersaudara"


Ketika aku usai solat tahiyatul masjid, ada seorang hamba Allah menegur akan kesilapan aku. Ya, walaupun kami saling tidak mengenali tetapi kerana islam, kami saling mengingati. Hamba Allah itu menegur aku agar khusyuk serta fokus didalam solat dengan melihat tempat sujud. Aku akui, itu silap aku. aku leka dan lalai serta termakan hasutan syaitan ketika solat. Tetapi, Alhamdulillah. Aku ditegur oleh Allah. Kerana Allah jadikan hambanya itu sebagai pengantaraan untukku bagi menegur diri yang lemah ini. Aku tahu bahawa teguran itu adalah tanda kasih dan sayangNya kepada diriku agar aku terus dekat kepadaNya. alhamdulillah.

suasana didalam masjid Tetyakov, Rusia

ya Allah, semoga Engkau tambatkanlah hati-hati kami didalam jalan-Mu. Engkau berikanlah kami kekuatan serta keteguhan iman agar kami mampu melawan hasutan syaitan serta bisikan nafsu. ya Rahim, jadikanlah kami dalam golongan hamba-Mu yang khusyuk dalam solatnya, baik akhlaknya dan menjadikan islam itu sebagai cara hidupnya... amin ya Allah, amin Ya Rahman, amin ya Rahim...

wassalam...

Comments

  1. Alhamdulillah :)
    Teruskan usaha,tetapkan hati, teguhkan jiwa!
    terus bersemangat! terus mencari.
    Innallaha ma'al sobirin
    Sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.
    InsyaAllah dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...