Skip to main content

Pelukis Jalanan


Tajuk: Pelukis Jalanan
Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: IMAN Publications
GenrePerkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi.

Sinopsis dari buku:

Kisah si pelukis jalanan.
-Dapat biasiswa ke luar negara
-Terkandas di A-Level
-Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
-Kerja di fast food restaurant untuk servive
-Bank account balance = 0.00
-Ditikam belakang oleh rakan sekelas
-Sebulan makan nasi+telur+garam
-Mula melukis di jalanan
-Lukisan mula menempah nama di Instagram
-Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

***
"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah

Ulasan:

Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku (facebook) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan cantik. Ketika di Mosko lagi aku menyimpan hasrat untuk mendapatkan buku tulisan Teme Abdulllah ini. Dan diakhir-akhir cuti musim paans aku di Malaysia, aku mampu juga mendapatkannya. Alhamdulillah!

Ketika mula membaca buku ini, aku terus jatuh hati dengan gaya dan penulisan beliau. Sungguh insiprasi dan memotivasikan diri. Dari segala pengalaman kisah benar yang dicoretkan oleh saudara Teme Abdullah ini kadang kala membuatkan bergenang nya air mata. Kerana apa yang diungkapkan itu aku dapat bayangkan disebabkan aku juga berada di luar negara dan amat memahami situasi yang dialami oleh saudara Teme.

Bermula dari kesempitan serta ujian yang dialami ketika melanjutkan pelajaran di Kota London sehinggalah beliau mampu bertahan (survive) dan berjaya di sana membuatkan para pembaca akan sedar bahawa satu perkara yang mesti kita tanam dalam jiwa kita adalah; jangan berputus asa!

Saudara Teme Abdullah juga telah berjaya membawa pembaca belayar  bersama merasai keperitan hidup, semangat untuk terus berjuang dan akhirnya nilai sebuah mujahadah serta ukhuwah sesama manusia. Indah!.




Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...