Satu keluhan yang sering kedengaran bagi mereka yang berada dalam kelompok 'budak usrah' adalah keadaan abang naqib mereka yang suka memaksa. Bahkan hal ini telah menyebabkan ada diantara mereka yg mengambil keputusan untuk 'berehat' dari usrah semua bagai ni.
Tarik nafas, hembus....
Dari pengalaman aku yang ciput sepanjang berada dalam jalan ini, aku juga pernah mengalami perasaan yang persis mereka. Jauh disudut hati tidak senang dengan abang naqib yang asyik memaksa. Macam-macam la! Kene paksa datang usrah, datang daurah, datang mabit, hafal surah ini dan itu serta paksa untuk buat perkara yang kadang kala diri ini tidak suka.
Nak ke usrah pun mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik, jumlahnya 2 jam. Ada juga kadang kala memakan masa 4 jam lebih pergi dan balik. Jauh. Ya sangat jauh dan memenatkan. Secara manusiawi diri ini juga pernah mengeluh akan semua ini. Mana masa aku untuk belajar, bersukan, bahkan mana masa aku untuk diri sendiri. Macam-macam sahaja monolog dalaman yang berbaur negatif itu timbul. Astargfirullah.

Pernah juga terlintas untuk 'lari' dan hidup seperti mereka yang lain. Mempunyai waktu untuk berlibur dan menikmati keindahan dunia. Siapa tidak cemburu melihat sahabat masih lagi dikatil pada jam 11 pagi hari minggu, kan? Sedangkan kita terpaksa bersiap-siap awal pagi untuk menghadiri usrah mahupun daurah (ala-ala ceramah). Aduh, sabar.
Namun, alhamdulillah Allah masih lagi menetapkan hamba yang hina untuk berada diatas jalan ini. Cuba kita fikir dan renung kembali.... Abang naqib kita paksa buat apa? Adakah perkara yg mereka paksa itu mengundang kita untuk melakukan dosa dan maksiat atau paksaan mereka itu sebenarnya untuk kebaikan serta pembinaan diri kita?

Aku pasti dan yakin, setiap insan yang bergelar abang naqib sudah pasti inginkan yang terbaik buat anak usrahnya. Mana ada abang naqib yang nak tengok anak usrahnya jauh dari agama, bukan? Contoh yang terbaik, lihatlah ibu bapa kita. Aku sejak kecil dididik dengan rotan dan paksaan, ayah seorang yang tegas terutamanya bab solat, agama dan ilmu. Adakah ayah kejam dan tak sayangkan anaknya? Sudah tentu tidak! Kerana kasih sayang dan cinta ayah melakukan paksaan itu! Dan kerana paksaan itu, aku menjadi diri aku sekarang walaupun tak begitu baik lagi...
Sama juga kepada abang naqib kita. Sudah tentu atas rasa sayang dan cinta mereka kepada kita, mereka perlu kadang kala memaksa kita agar kita keluar dari zon selesa. Dalam paksaan mereka itu, sudah pasti jauh dilubuk hati mereka, doa buat kita tidak pernah tinggal. Doa untuk melihat kita jauh lebih baik dari diri mereka. Pasti!
Buat mereka yg bergelar abg naqib, sabar dan sabar dalam membimbing anak usrah kita. Memaksa anak usrah itu perlu juga disulami kelembutan dan kasih sayang. Dan jangan putus asa utk terus bangun malam, mengadu kepada Tuhan yg memiliki hati2 mereka.
Buat mereka yg bergelar anak usrah, sabar dan sabar dalam menerima paksaan abg naqib kita. Mungkin disaat ini kita merasakan rimas, kecewa dan marah dengan mereka. Percayalah, suatu hari nanti kita akan berterima kasih kepada abg naqib atas paksaan mereka itu. Asalkan, kita sandarkan segalanya kpd Allah...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan