Usrah?
Hmm... Perkataan itu agak berkali juga kedengaran di gegendang telinga aku sejak dari bangku sekolah lagi. Bahkan, aku juga pernah menjadi 'abag naqib' di sekolah dulu. Pandangan pertama aku terhadap usrah ni adalah hanya sekadar satu bulatan yang akan membincangkan perkara yang sudah ada dalam sillibus. Cukup sekadar itu. Titik.
Namun, semenjak lima (5) tahun dahulu ketika jasad ini sampai ke bumi Russia, semuanya berubah. Aku juga telah disentuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh usrah. kali ini agak berbeza dari apa yang aku rasai ketika berusrah dahulu. Entah kenapa. Kalau dibangku sekolah dahulu aku rasakan usrah itu seolah 'dibuat-buat' tetapi kali ini aku dapat rasakan ada cinta dan keindahan disebalik usrah itu.
Masih segar dalam ingatanku, pertama kali disapa oleh bekas abang naqib aku. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Mosko, entah siapa sosok tubuh itu yang hadir dengan penuh senyuman manis sambil membawa roti sandwish untuk kami yang baru sahaja tiba di bumi Rusia.
"Nah, mesti laparkan?"
Aduh, terus aku jatuh hati dengan kebaikan, keramahan dan keikhlasan beliau. Tidak cukup dengan itu, aku ditawarkan untuk menggunakan telefon bimbitnya untuk aku menghubungi keluarga di Malaysia bagi memaklumkan ketibaan aku. Pelik dan dalam hati berbisik, "baik nya abang ni."
Tidak cukup dengan itu, selang dua tiga hari abang tersebut datang ke asrama menziarahi aku sambil membawa makanan. Sering kali juga menegur aku difacebook dan sebagainya. Hebat skill tajmik abang ni! Lama kelamaan kami mesra dan akhirnya aku mengikuti dan terjebak dengan usrah.
Perasaan? Entah. Pada awalnya aku merasakan ianya satu keperluan bagi diri dek kerana berada jauh dari keluarga. Kerana dengan usrah ini aku belajar hakikat aku diciptakan dan konsep ketuhanan yang sebenar. Bab kemanisan ukhuwah itu jangan diceritakan lah! Sudah pasti begitu indah dan menggamit memori tatkala direnung kembali.
Dan akhirnya, aku sudah mula jatuh hati dengan usrah....
Seingat aku, alhamdulillah sejak aku menyertai usrah belum pernah lagi aku skip usrah kecuali ada kekangan dan hal-hal yang memang tidak dapat dielakkan. Pernah sahaja suatu hari aku demam sampai pucat muka, tetapi aku tetap gagahkan jua untuk menghadiri usrah (setelah dipaksa oleh naqib. Hehe). Jiwa kecil aku sudah pasti memberontak hebat, namun aku berbisik pada hati, "tak apa, buat semua ini kerana Allah. Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi." Akhirnya, aku merasai kemanisan akan peristiwa itu.
Kini, setelah lima tahun disapa usrah, alhamdulillah aku masih lagi dipilih Allah untuk berada diatas jalan ini. Usrah telah banyak mengubah aku dari seorang yang entah apa-apa kepada seorang individu yang lebih baik dari dulu. Namun, aku juga masih lagi dalam proses pembinaan diri dan proses belajar untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa kepada Allah disamping juga berusaha menyebarkan keindahan usrah itu kepada mereka yang lain, insha Allah....
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan