'bibb....bibbb....' telefon bimbit pemberian ayah aku bergetar. tertera di skrin tersebut,
'message from abah'. tatkala ini aku sedang mengikuti Minggu Destini Siswa
(MDS) di Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam. Tanpa melengahkan masa
aku terus membuka mesej tersebut,
"Azmi, ada surat daripada Yayasan Negeri ni. Tawaran sambung belajar ke China Medical University nak tak? buat keputusan malam ni juga ya dan mesej abah esok...".
"Azmi, ada surat daripada Yayasan Negeri ni. Tawaran sambung belajar ke China Medical University nak tak? buat keputusan malam ni juga ya dan mesej abah esok...".
Terkedu
aku seketika. Mana tak terkedunya, dalam masa yang agak singkat aku
terpaksa membuat keputusan demi masa depanku. Masa depan yang bakal aku harungi sepanjang hidup ini. Aku keliru dan berbelah bagi.
Segala aktiviti MDS yang aku lalui pada hari itu bagaikan sesuatu yang kosong. Hanya jasad aku sahaja mengambil tempat ketika itu. Fikiranku jauh melayang memikirkan tentang perkara tersebut. Aku hanya mengikut apa sahaja yang dikatakan oleh abang 'PM' (pemimpin mahasiswa). Disuruhnya ke sana, aku ke sana, disuruhnya aku ke sini, aku ke sini bagaikan sedang dipukau. Aku seperti berada di dunia lain. Dunia yang penuh dengan persoalan, kebimbangan dan kebingungan.
Tetiba teringat sajak "The Road Not Taken" hasil karya Robert Frost yang aku belajar ketika di sekolah menengah dulu...

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
sumber imej: google |
Membuat
pilihan hidup. terpaksa memilih satu jalan yang akan menentukan nasib hidup aku
kelak. Akhirnya, sebelum tidur pada malam tersebut aku menunaikan solat sunat
istikarah bagi mendapat petunjuk dari Allah apa yang terbaik buat diriku ini. Sama ada berada di UiTM Puncak Alam dalam jurusan Asasi Sains atau menerima
tawaran ke China tersebut. Sebenarnya aku juga mendapat tawaran biasiswa
daripada JPA untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Pening.... Biar Allah sahaja yang menentukan segalanya. Malam
tersebut aku aku masih berfikir dan akhirnya aku tenggelam dalam kelenaan tidur...
Jam
menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku bingkas bangun dan mencapai tuala yang berpada
di hadapan katilku serta terus membasahi tubuh ini. Usai solat Subuh, aku
menarik nafas panjang dan membuat keputusan... Butang send ditekan.
'Abah, Azmi nak ke China, nak capai cita-cita Azmi dari kecil untuk jadi seorang doktor'
Mesej pesanan ringkas yang telah aku hantar buat ayahku.
'Abah, Azmi nak ke China, nak capai cita-cita Azmi dari kecil untuk jadi seorang doktor'
Mesej pesanan ringkas yang telah aku hantar buat ayahku.
Setelah
itu, pagi tersebut aku membuat keputusan untuk tidak menghadiri segala aktiviti MDS kerana aku perlu menyelesaikan segala urusan perpindahanku. Memang agak berat untukku
meninggalkan sahabat aku, Imran, Iqram, Zahid, Sarjit dan lain-lain lagi. tapi
itu tidak bermakna kami akan terus terpisah. Sahabat yang baru sahaja aku kenal dan temui tetapi telah membuatkan diri aku selesa bersama mereka. Gelak, tawa, saling menasihati dan macam-macam lagi.
Pada
tanggal 28 Mei 2011, hari untukku meninggalkan UiTM Puncak Alam. Memang sedih. Rakan-rakanku turut menolong aku untuk memasukkan segala barang ke dalam kereta milik
ayah.
"Aku minta
maaf dan jaga diri elok-elok ye," ungkap aku pada kawan-kawan aku.
Kadang kala, apa yang kita rancang itu bukan yang terbaik buat kita. Kerana itu, kita harus sedar bahawa yang Maha Perancang mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kita. Kita harus yakin dan yakin. Teruslah melangkah gagah atas perancangan Tuhan mu itu. Ingat, jika dirimu merasa lemah, berpautlah pada tali Allah yang sentiasa ada untuk mu, yang mampu memberi seribu kekuatan untuk terus belari mengejar cita demi pencipta.
Kereta Proton Waja bewarna putih milik ayah terus meluncur laju di Lebuhraya Karak. Masa telah menetukan
segalanya. Aku terpaksa untuk terus pandang kehadapan. Aku juga pasti dan percaya bahawa semuanya aturan Allah. Mungkin ada sesuatu yang Allah sedang rancangkan untuk aku. Aku berharap agar hikmahnya datang membawa aku untuk terus mengejar Cinta Allah.
"insyaAllah, semoga ini adalah yang terbaik untuk diriku dan ummah," rintih aku...
"insyaAllah, semoga ini adalah yang terbaik untuk diriku dan ummah," rintih aku...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan