Semenjak dua menjak duduk kat oversea ni antara makanan yang sering mengidam adalah cupcakes! Tak tau la kenapa. huhu..
Oh lupa, Asslamualaikum wbt, semua.
Ya, Cupcakes! Cuba bayangkan anda sedang memegang sebiji cupcake yang sungguh mengiurkan. Mana kan tidak. Dengan keknya yang sungguh gebu kekuningan ditambah pula dengan cream diatasnya yang sangat menarik nafsu makan anda disamping sifat azalinya yang sungguh kiut miut. Apabila anda mula memasukkan cupcake itu ke dalam mulut anda, anda boleh menghidu aroma yang sangat menyelerakan. Ohhhhhhh......
Gigi seri atas anda bertemu pasangannya yang dibawah, membelah cupcake yang sungguh empuk itu. Ahhh... Anda mula mengunyah sambil menikmati kegebuannya, kemanisannya dan keasyikannya. Ohhhh... Nikmat. Umpama dunia ini aku yang punya. *hiperbola. Manis dan lazatnya itu sampai kita masih lagi terbayang dan termimpi-mimpi. oh, ketagihan.
Tetapi AWAS! Anda perlu ingat bahawa cupcakes mengandungi kadar kalori yang sangat tinggi iaitu 500-800 kalori untuk SATU cupcake. Jika anda sentiasa menikmati cupcake tanpa kawalan atau mungkin penyakit ketagihan cupcakes yang sangat melampau anda mungkin akan diserang penyakit diabetes! Anda sanggup korbankan nyawa anda demi cupcakes? Oh, baik anda berfikir secara waras.
Jadi, nak makan tu tak salah. Jangan berlebih-lebihan ye. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak. Emm... tak baik makan banyak sorang-sorang. Bagi kat sini sikit. hehehe.
* * * * * *
Sahabat,
Sebenarnya cupcakes itu adalah umpama dunia. Ya, dunia yang kita sedang hidup dengan bergumbiranya ini.
Dunia ini cukup manis, cukup hebat, cukup mengasyikkan dan cukup mengujakan. Manakan tidak dengan kekayaan harta benda yang melimpah ruah, dengan wanita yang mengiurkan, dengan nikmat-nikmat yang cukup indah dan dengan pangkat serta jawatan yang membanggakan. Adakah itu tidak menarik mak cik nafsu kita itu? Dan tiba-tiba teringat sepotong ayat cinta dari Sang Pencipta:
“Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (QS. Muhammad 36)
Ditambah pula dengan sepotong lagi surat cinta dari-Nya:
‘Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…” (QS. Al Hadid 20)
Nah, apa lagi yang kita mampu katakan? Tidakkah dunia ini hanya satu mainan, senda gura yang mengasyikkan?
Ya, kita perlukan dunia tetapi pada kadar yang tertentu sahaja. Usahlah mengambilnya dengan terlampau banyak kerana ia mampu merosakkan diri kita dan juga akhirat kita nanti. Umpama cupcakes, kalau kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak, ia mampu memudaratkan tubuh badan manusia itu. Dunia pun begitu, jika dunia sudah diambil terlampau banyak, takut-takut jasad ini menjadi rosak dan jauh dari Sang Pencipta. Nauzubillah.
wassalam.
Salam sayang dari penggemar cupcakes
(bukan penagih cupcakes tau!)

Jika kita mengejar dunia, akhirat akan lari daripada kita. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita.
wassalam.
Salam sayang dari penggemar cupcakes
(bukan penagih cupcakes tau!)
cup cake mmg buat nafsu membuak2, haha
ReplyDeletefollower #242 dari blog kwn awak "nina"
yup... betul2. so, kawal nafsu tu. heee. ;)
Delete