Alhamdulillah wa syukurillah.
Allahu Allah. Tak ada apa perkataan yang mampu dikeluarkan selain puji-pujian kepada Tuhan Sekalian Alam,yang Maha Berkuasa Menggerakkan sesuatu itu atas kehendak-Nya.
Memandangkan aku tidak berkelana ke bumi luar Moscow pada cuti musim sejuk pada tahun ini atas faktor-faktor tertentu, aku telah merancang lebih awal (sebelum cuti) untuk menggembara mencari cahaya islam di bumi asing ini, Moscow.

Alhamdulillah, aku nekad untuk mencari sebuah lagi masjid yang telah terbina sejak sekian lama di muka bumi bertuah ini iaitu Masjid Yardyam. Jaraknya tidaklah begitu jauh dari Metro Otradnoye dan masa berjalan kaki mengambil masa kira-kira 15 minit.
Keunikan masjid ini adalah ianya terletak di dalam sebuah kompleks keagamaan dimana terletaknya rumah ibadat bagi agama-agama yang lain. Antara rumah ibadat yang terdapat didalam kompleks ini adalah rumah ibadat bagi agama Kristian Ortodok, Kristian Katolik, Shiah dan juga Yahudi.
Sebuah kawasan yang dibina dengan begitu cantik dan damai menggambarkan kehidupan harmoni yang digariskan oleh islam sendiri dan juga sudah pasti agama-agama lain juga.
* * * * *

Sejarah
Pembangunan masjid ini dimulai pada musim luruh di bulan Oktober 1996 atas inisiatif Yayasan Hilal yang merupakan badan keagamaan muslim Tatar. Proses pembangunan selesai dilaksanakan dan dirasmikan oleh organisasi islam Yardem bertepatan dengan perayaan 850 tahun kota Moskow pada tanggal 14 September 1997.
Bangunan Masjid Yardyam seluas 2 hektar. Dilengkapi dengan taman yang disusun rapi, 2 menara masing masing setinggi 41.5m, kubah utama masjid setinggi 26 meter serta fasiliti-fasiliti pendukungnya. Keseluruhan bangunan masjid mampu menampung hingga dua ribu jemaah yang ditampung di ruang solat utama, basement serta ruang galeri.
sumber: Rindu Masjid
Alamat:
Mosque Yardyamulitsa Khachaturyana, 8, Moscow, Russia
sumber: Rindu Masjid
Alamat:
Mosque Yardyamulitsa Khachaturyana, 8, Moscow, Russia
* * * * *
Gambar:
Menara Masjid Yardyam |
Pintu masuk Masjid |
Mengabadikan kenangan. |
Mimbar masjid |
Pintu masuk masjid shiah. |
Gereja Kristian Ortodok, bersebelahan dengan masjid. |
Gereja Kristian Katolik |
Rumah ibadah agama yahudi. |
Disebelah kanan, masjid dan kiri gereja. Begitu harmoni bukan? |
dibelakang Masjid terdapat rumah ibadah yahudi. |
Aliran air yang tenang memaparkan suasana harmoni antara Agama. |
Tenang |
Amat sesuai untuk bersiar-siar sambil membina iman dan meningkatkan kefahaman mengenai perbezaan agama. |
ambil peluang untuk mengabadikan kenangan. #Selfie |
Selfie lagi. ^_^ |
Video:
Tazkirah yang disampaikan oleh imam. Actually tazkirah tu dalam 15 minit juga.
Pengajaran:
Islam adalah agama keamanan.wassalam.
Salam persaudaraan dari bumi bertuah, Moscow.
p/s: insha Allah nak datang lagi masjid ni masa musim panas. mungkin lagi cantik. ^_^
Moga islam terus subur di bumi moscow
ReplyDeleteaminnn
Delete