“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Amat benarlah firman Allah itu. Allah telah bersumpah dengan masa kerana Dia mengetahui bahawa masa itu teramat penting. Sedetik masa yang berlalu pergi meninggalkan kita mana mungkin akan kembali. Mustahil! Jika manusia itu lalai dan leka, akan rugilah mereka.
Bak kata Imam Hassan Al-Banna, "Tanggungjawab melebihi masa yang ada".
(Al-Asr : 1 – 3).
Pepatah arab ada menyebut, "Masa umpama mata pedang".
Ya, masa umpama mata pedang yang sangat tajam. Jika kita tidak menggunakannya sebaik yang mungkin kita akan mengalami kecelakaan. Contohnya cuba kita lihat pedang samurai yang dikatakan antara bilah pedang yang tertajam didunia. Ohhh, tersilap langkah mengendalikan pedang itu mungkin nyawa akan menjadi mangsa atau paling kurang ada darah yang jatuh ke bumi.
Begitu jugalah masa. Penggunaan masa yang betul, efektif dan baik amat penting bagi mengelakkan diri kita kerugian. Rugi kerana waktu itu tidak akan kembali walau air mata darah yang mengalir, atau dibayar dengan berjuta ringgit. Sungguh masa itu tidak ternilai dan tiada jual belinya.
Menyelusuri pengalaman sendiri sebagai seorang pelajar perubatan, pembawa buatan gembira (baca = usrah), seorang anak dan sebagai seorang sahabat serta pelbagai lagi amanah yang dipikul memerlukan pengurusan masa yang sangat baik. Banyak nya amanah bukan bererti kita akan bercelaru tetapi ianya mengajar diri ini untuk lebih tersusun dan memanfaatkan masa sepenuhnya. insha Allah.
Bak kata Imam Hassan Al-Banna, "Tanggungjawab melebihi masa yang ada".
Tetapi diri ini mengaku bahawa masih lagi belajar untuk membahagi masa sebaik mungkin dan mengoptimumkan setiap detik yang diberi pinjam oleh Allah ini. Tidak mudah tetapi ianya tidak mustahil. Bertekadlah untuk menggunakan masa dengan betul disamping membuat sedikit 'planning' ataupun jadual agar masa lebih tersusun dan dapat digunakan sepenuhnya.
Kita asyik mengadu bahawa kita ketidakcukupan masa. Macam mana nak belajar, berdakwah, menjalankan tugas sebagai anak, menunaikan hak-hak ukhuwah dan sebagainya. Jika difirkan masa yang Allah berikan itu sama kepada semua. Yang membezakan kita adalah pengurusan masa itu sendiri.
Teringat akan satu ungkapan emas yang dilontarkan oleh seorang insan hebat yang juga merupakan idola dalam dunia perubatan ini. Beliau adalah Dr Danial Zainal Abidin.
Katanya, "If you give the time, you will have the time".
Allah. Kagum melihat seorang pengamal perubatan moden, seorang pendakwah, seorang ayah, motivator, personaliti tv dan seorang penulis. Begitu hebat beliau mengoptimumkan masa tersebut walaupun beban tugasan yang begitu banyak dan berat.
Jika kita tidak mencari masa itu, kita tidak akan mendapat masa tersebut. Tersentap. Membuatkan diri ini terfikir. Diri ini sering mengadu tiada masa untuk ini dan itu. Walhal, banyak nya masa yang dihabiskan untuk perkara yang tidak berfaedah dan lagho. Allah.
*Nanges
Muhasabah kembali. Bagaimanakah pengurusan masa kita? Semoga sama-sama kita betulkan diri dan cuba mengoptimumkan penggunaan masa untuk perkara yang mendatangkan faedah krpada diri, agama dan ummat. Insha Allah.
"Indahnya setiap detik itu menjadi zikir,
memuji Tuhan mengharap keredhaannya."
memuji Tuhan mengharap keredhaannya."
Demi masa,
AshrulAffiq
Thanks :-)
ReplyDeletewelcome. moga bermanfaat
ReplyDelete