“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3). Amat benarlah firman Allah itu. Allah telah bersumpah dengan masa kerana Dia mengetahui bahawa masa itu teramat penting. Sedetik masa yang berlalu pergi meninggalkan kita mana mungkin akan kembali. Mustahil! Jika manusia itu lalai dan leka, akan rugilah mereka. Pepatah arab ada menyebut, " Masa umpama mata pedang ". Ya, masa umpama mata pedang yang sangat tajam. Jika kita tidak menggunakannya sebaik yang mungkin kita akan mengalami kecelakaan. Contohnya cuba kita lihat pedang samurai yang dikatakan antara bilah pedang yang tertajam didunia. Ohhh, tersilap langkah mengendalikan pedang itu mungkin nyawa akan menjadi mangsa atau paling kurang ada darah yang jatuh ke bumi. Begitu jugalah masa. Penggunaan masa yang betul, efektif dan baik amat pe...
Mengejar Cita Demi Pencipta