indahkan dunia ini.
bestkan hidup ini.
ya. hidup ini bermacam-macam kemanisannya. lihatlah kiri dan kanan kita. hiburan, gaming, aweks, konsert, nyanyian, taman tema, facebook, youtube, twitter dan sebagainya. wow! bestnye dikelilingi perkara yang sangat menyeronokkan itu...
sumber google |
"rugi la kau tak pergi konsert K-Pop semalam. best siotttt...!"
"bhaiiii, aku have fun giler semalam. jom la join aku malam ni kat BB pulak!"
"what's up broo.. cam mane dgn awek smlm? syok tak dating dengan dia?"
"eh, semalam aku tengok vid awek tu... perghhhh... @#$%^&..."
hah! itu lah antara bualan mungkin sebahagian daripada sahabat kita di luar sana. fuuhh.. ganas...ganas... ya Allah, bahagianya hidup mereka kan? macam tiada masalah langsung kerana hidup mereka sentiasa dikelilingi sesuatu yang 'menarik'. menarik? mungkin.... itulah dunia mereka.
dunia oh dunia, manismu boleh menyebabkan "diabetes" kepada penggemar 'kemanisan' itu. manis itu sungguh membuatkan penggemarnya ketagih dan akhirnya mereka ditimpa penyakit. oh kesian... kesian... jika pesakit itu berjaya dirawat di 'hospital tarbiyah' sebelum berakhirnya riwayat hidupnya, alhamdulillah. syukur. tetapi bagaimana mereka yang terus dan terus dengan manisan dunia itu? ya Allah, sampaikanlah 'rawatan tarbiyah' kepada mereka. amennn...
sumber google |
sahabat, jom kita menapis kemanisan dunia itu dengan 'penapis islam' yang insha Allah akan menjadikan kita umat yang 'sihat' di dunia ini. ya, kita memang memerlukan 'kemanisan dunia' itu namun haruslah kita menapisnya dan mengambilnya dengan kadar yang betul! kan3... insha Allah!
jom, kita kejar kemanisan akhirat!
wassalam...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan