Assalamualaikum wrh....
Macam mane puasa kali ini? Harap-harap gempak la ye... erkkk, bkn gempak sakan membeli belah ataupun memborong juadah berbuka puasa tetapi gempak dalam melombong pahala melalui ibadat kite. Mudah-mudahan segala perlombongan serta pelaburan kite mendatangkan hasil yang lumayan. Insha Allah.
BERPUASA ATAU BERLAPAR?
Aku pasti mesti ramai diantara kita yang sdah acap kali mendengar kata-kata yang membawa kepada pengertian berpuasa itu sendirikan? Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum tetapi kite juga mesti mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Ramai diantara kita yang beranggapan bahawa puasa tu sekadar kita tidak makan serta minum dan perkara lain tidak perlu
dijaga. Eh, korang! Tak rasa kerugian ke disitu kerana kita hanya mendapat letih sebagai 'ganjaran'. Lihatlah 'keluarga besar' kite di luar sana yang masih seronok bergelumang dalam maksiat. Mereka berpuasa tetapi mereka berpegangan tangan antara bukan muhrim. Mereka berpuasa tetapi pergaulan tidak dijaga. Mereka juga berpuasa sama macam kita, tetapi mereka meninggalkan perintah Allah. Langsung tidak terdetik rasa berdosa dalam hati mereka.... emmmm.... Adakah kita sebahagian daripada MEREKA itu? Jika 'ya' jawapannya, maka segeralah kita menghamparkan sejadah, sujud kepada si Maha Pegampun, menadah tangan meminta keampunan. Insha Allah, pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba-Nya meminta keampunan lebih-lebih lagi didalam bulan yang mulia ini....
DISEBALIk PUASA
mampukah kita melawan nafsu kita itu? |
MODUS OPERANDI
Oleh itu, mari geng2 semua. Kita mulakan buku baru. Marilah kita berazam untuk 'lulus' dengan cemerlangnya dari Universiti Tarbiyah ini. Sematlah dalam hati untuk mengenggam ijazah yang mana mampu menyelamatkan kita di 'sana' nanti. Ayuh, kita pertingkatkan diri menjadi 'muslim super' suatu hari nanti. Ianya tidak mustahil. Jagalah sebaik-baiknya perkara 'wajib' yang telah diamanahkan kepada kita. Gandakanlah perkara sunat. Basahilah lidah kita ini dengan zikrullah. Basahilah pipi ini dengan air mata keinsafan. Perdengarkanlah telinga ini dengan perkara yang tidak melalaikan. Perlihatkanlah mata ini dengan bait-bait cinta dari-Nya. Awasilah tubuh badan ini dengan melakuan amal kebaikan. Insha Allah, 'istana akhirat' yang menjadi idaman kita akan kita jejaki. Semoga Firdausi menjadi obor penbakar semangat kita. Insha Allah...
Wassalam.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan