kick out jahiliyyah |
erkkk... jahiliyah? ape tu? ieeewwwww..... pelik nye bunyi. arghhh....
assalamualaikum semua!
hari ni mari kita nak berkenalan dengan si JAHILIYYAH ni ye. haaa... aku pasti ada antara korang semua ni kenal kan dengan si jahiliyah. ok, buat yang tak mengenali jahiliyah ni, mai aku nak habaq kat korang naaa... oppsss.... tapi aku ni bukanlah selayaknya memberi definisi 'jahiliyah' ini. tapi aku akan mencuba atas apa yang aku faham... ^_^
untuk memudahkan korang memahami erti kata jahiliyyah itu, aku menampilkan maksud yang simple lagi senang difahami. Jahiliyyah membawa pengertian segala perkara yang bertentangan dengan islam. so, setakat ni boleh "go on" lagi? inhsa Allah.
JAHILIYYAH DALAM KEHIDUPAN
dalam kehidupan kite seharian ni, tanpa kite sedar kite telah melakukan banyak perkara jahiliyyah yang amat merugikan kite. dari mula kite bangun tidur, sampailah kite nak tidur semula. perkara jahiliyyah ni kadang kala kite nampak macam ok je.. macam tak ade ape2, tapi realitinya kite telah melakukan perkara yang sia-sia. hurmm...
"Islam akan terungkai dari umat sedikit demi sedikit kerana mereka tidak mengenali JAHILIYYAH," Saidina Umar al-Khattab r.a.
apabila kita tidak mengenali jahiliyyah yang menjajah dalam diri kite ini, lama-kelamaan kite akan menjadi terbiasa. macam tiada apa yang salah atas perbuatan jahiliyyah itu. dah akhirnya akan menjadi barah didalam hati kite... haa... bile dah menjadi barah, korang boleh agak la kan macam mane.. huhuhu.. nauzubillah,... minta dijauhkan...
JAHILIYYAH
KES BUANG BAYI :- jika dahulu masyarakat arab quraisy menanam bayi perempuan yang baru secara hidup-hidup, namun kini masyarakat yang bergelumbang dalam 'jahiliyyah moden' lebih dahsyat. mereka membuang bayi yang baru lahir ke merata tempat tanpa perikemanusian. tanpa rasa bersalah. mereka kejam. mencampakkan bayi ke dalam tong sampah dan dibiarkan dimakan oleh binatang buas. itulah realiti keluarga besar kite di luar sane.... (-_-)
HIBURAN MELALAIKAN :- K-pop, korea movie, konsert, AF, one in million, Mentor, Muzik2, dan banyak lagi. dari yang mude sampailah yang tua, Kilauan Emas. nah, rakyat malaysia dihidangkan dengan jahiliyyah moden yang begitu 'lazat'. didalam islam, hiburan itu tidaklah haram jika ianya berlandaskan syariat dan tidak melalaikan si pendengarnye.... ^_^
PAKAIAN :- erkk.... nak bersukan pun biarlah menutup aurat. kan.. kan..? ramai diantara kita yang bersukan tapi memakai 'shorts'. ape kes bang? islam amat menggalakkan umatnya sihat dan cergas dengan bersukan. dan islam tidak melarang kita untuk bersukan. tetapi batas2 aurat hendaklah dijaga. lutut dan pusat tu jgn terkeluar deh.. hehehe.. utk gegurl plak, janganlah pakai baju adik... kesian kat adik tu tak ada baju nak pakai... pakaian pun beli la yang cukup kain ye,.. ^_^
jahiliyyah yang paling BESAR dalm diri kita adalah kita tidak tahu perkara yang kita lakukan itu adalah salah dan berdosa. jika nak hurai satu persatu memang banyak la kan. huuhu.. apa yang pasti JAHILIYYAH MODEN ni adalah perkara yang kita lakukan itu tak menguntungkan kita, malah memberi kesan buruk kepada kita dan ianya mengundang dosa.
BUANGKAN JAHILIYYAH ITU
so, untuk maju kehadapan, kite mau tak mau kene tinggalkan perkara-perkara jahiliyyah itu. bukan nak suruh berubah secara mendadak, tapi buatlah secara sedikit demi sedikit. insha Allah. anda akan berjaya. penuhi masa dengan perkara yang membawa kite ke jalan yang lurus. for example, go to "kuliah agama", read the islamic books and so on. hadirkan diri di majlis ilmu dan berdampinglah dengan mereka yang lebih berilmu daripada kita. insha Allah.... fahamilah islam, insha Allah kita akan berjaya memahami kehidupan....
KESIMPULAN
pilihan di tangan kite. jadi?
ANDA PILIH YANG MANA? |
allahu'alam.
wassalam.
capaian: jahiliyah, jahiliyah moden, kick out jahiliyah, bye-bye jahiliyyah, sayonara jahiliyyah, buang jahiliyyah, kenali jahiliyyah,
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan