Skip to main content

si bidadari


Manusiakah itu?
Kejamnya kamu pada si anak kecil,
Jasad yang suci dibakar hitam
Dibunuh tanpa belas ihsan,
Riangnya hilang dalam tangisan
Sendanya pula pergi dalam kenangan.

Apakah kamu tidak mengerti?
Si anak kecil juga mahukan kehidupan
Kehidupan yang pernah kamu lalui itu,
Bermain umpama anak kecil yang lain
Melompat ke sana ke mari
Berkejaran sesama teman
Menikmati alam penuh keriangan.

Pernakah kamu terfikir?
Dia juga mahu hidup seperti kamu,
Pernahkah kamu terfikir?
Andai dia adalah anakmu,
Pernahkah kamu terfikir?
Andai kamu bapa si kecil itu.
Apa yang kamu rasai?

Duhai si bidadari syurga,
Tenanglah kamu di alam sana,
Tiada lain melainkan syurga buatmu,
Insan suci dari dosa dan noda,
Sabarlah ayah, sabarlah ibu,
Di akhirat kelak,
Dia pasti menunggumu di pintu syurga,
Memimpin tangan membina kehidupan abadi,
Semoga dirimu dirahmati, adik nadirah...
AL FATIHAH

tarikh: 13.03.2012
masa: 00.10 am
tempat: meja belajar, hostel pushkin, moscow, russia
tujuan: menunjukkan rasa sedih dan kecewa atas apa yang berlaku kpd arwah adik nadirah.
harapan: semoga Allah melindungi kita semua, insha Allah.

assalamualaikum wrh.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

Comments

  1. al fatihah untuk dirang..tak faham macam mana malaysia bley dapat negara ke19 paling selamat di dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... smoga Allah melindungi kita... ameenn..

      Delete
  2. Al-fatihah untuk bidadari comel ini....Syurga untuknya... Semoga berbalas dengan setimpalnya bagi orang yang kejam itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga "manusia" itu diberikan hidayah oleh Allah...

      Delete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...