Skip to main content

selamat hari wanita

assalamualaikum wrh..

diharap korang semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... hehe.. amin...

kalau sebut je 8 mac, mesti kite semua akan tahu bahawa tarikh tu adalah hari "spesel" untuk kaum hawa, bukan?
  HARI WANITA! @ WOMEN'S DAY! @ MUSLIMAH DAY! 
itulah harinya... kami, kaum adam di agak sentap juga la sebab, ada ke hari lelaki? uish.... tak pernah dengar plak.. huhu..

dalam Islam, wanita itu diangkat begitu tinggi darjatnya... sehinggakan "syurga itu dibawah tapak kaki IBU". begitu tingginya penghormatan yang diberikan kepada kaum muslimah. bersyukurlah wahai wanita... kamu adalah insan yang amat ISTIMEWA....

berjayanya dakwah Nabi Muhammah 
kerana dorongan hebat seorang WANITA,
menangnya tentera Islam terhadap musyrikin 
kerana semangat kaum WANITA,
cekalnya seorang pemimpin itu 
kerana teguhnya semangat seorang WANITA,
bahagianya seorang lelaki 
kerana ranumnya kasih sayang seorang WANITA,
indahnya sebuah rumah tangga itu kerana 
bertiangkan seorang WANITA,
selembut tangan yang menghayun buaian,
mampu menggoncang dunia.
Engkaulah serikandi hebat! 
WANITA...

so, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI WANITA, khasnya buat mama, adik, mak2 sedara, sepupu, sanak saudara, guru-guru, rakan-rakan dan mereka yang bergelar WANITA... semoga anda semua terus menjadi tulang belakang dan peniup obor semangat yang setia kepada para suami atau si kumbang.. hehe... ingatlah, wanita soleh adalah mutiara yang sangat indah di dalam lautan manusia ini... ^ ^

sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah...

assalamualaikum wrh...

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!


Comments