apa khabar? semoga kita ini terus menghargai nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh Allah ini.. amin...
selamat tinggal malaysia...! hello RUSSIA!!!
pada tanggal 25hb september 2011 merupakan hari bersejarah buat diri aku. aku telah berangkat ke bumi Soviet, russia untuk menyambung pelajaran aku dalam bidang perubatan...
pemergian aku ini membawa seribu satu harapan terutamanya harapan ibu bapa aku... dan juga impian aku sejak kecil lagi untuk menjadi seorang doktor muslim yang hebat. InsyaAllah... "perginya membawa harapan, pulangnya membawa kejayaan".
emm... macam mana perasaan aku ye? entah lah... aku pun sendiri kurang pasti. tapi apa yang penting, perasaan aku cukup bersemangat untuk menempa kejayaan di bumi soviet ini. insyaAllah. aku sedar, banyak perkara yang harus aku lalui nanti. pelbagai cabaran yang akan aku tempuhi. tapi aku yakin, Allah akan bersama aku... semoga Allah memberikan aku kekuatan...
emm... perjalanan aku ke bumi russia ini bermula pada jam 8.00pagi waktu Malaysia menaiki pesawat Thai Airways. setelah hampir 3 jam berada dalam pesawat, aku 'transit' di Bangkok International Airport dan terus ke russia ( Domodidovo Airport).
first impression aku terhadap kota moscow ini adalah.... WOW!!!
suasananya agak sejuk... tidak aku jangka begitu sejuknya di sini... haha. emm... aku tiba di moscow pad jam 4.00ptg waktu russia (8.00 mlm waktu malaysia). huhu. setelah itu, kami dibawa ke asrama kami. keadaan agak letih dan mengantuk. mana tidaknya, perjalanan yang agak lama.
ketika berada didalam pesawat. |
thai airways. |
Domodedovo international airport. |
ketika di dalam airport domodedove-bersama sahabat yang ke VolSMU. |
pertama kali menjejakkan kaki di bumi Soviet, Russia. |
hidangan makan malam... |
di hadapan hostel. |
itu je kot untuk hari pertama dan untuk hari berikutnya, tunggu post yang akan datang...
assalamualaikum wrb...
salam sayang dari bumi moscow...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan