Skip to main content

meningkatkan memori...

assalamualaikum wrb...
pada artikel kali ini, nak kongsi dengan para pembaca mengenai cara meningkatkan memori kita. semoga tips di bawah ini memberi manfaat kepada kita semua.



FIKIR SELALU
berfikir merupakan satu kaedah yang dipercayai mampu meningkatkan tahap memori seseorang. hal ini kerana, apabila seseorang itu berfikir, maka neuron di dalam otak manusia akan bercantum dan sekali gus mampu memaksimakan tahap memori seseorang.

TENGOK SELALU
melihat sesuatu acap kali juga dipercayai mampu menambahkan daya ingatan manusia. manusia akan lebih mengingati sesuatu pelajaran itu dengan kaedah gambaran ataupun lukisan. sebagai cantoh kaedah peta minda, lukisan serta warna yang pelbagai.

CAKAP SELALU
mengulangi apa yang dipelajari adalah penting bagi pelajar agar segalanya mampu diingati. dalam proses hafalan, ulangi perkataan atau fakta tersebut beberapa kali agar perkara tersebut mampu diingati. lakukan proses sama pada masa akan datang agar ianya terus kekal dalam memori kita.

DENGAR SELALU
dengar dan faham. satu perkara yang juga mampu meningkatkan memori manusia. mendengar perkataan atau fakta yang jelas juga berkesan dalam membantu kita dalam pelajaran. seeloknya, apabila kita membaca buku, sebutlah perkataan demi perkataan itu dengan kuat dan jelas agar perkataan itu mampu kita dengar dan terus berada dalam memori kita.

DOA SELALU
sebagai seorang islam, kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan kehendak-Nya. oleh yang demikian, hendaklah kita terus berdoa kepad yang Esa agar segala ilmu yang kita pelajari adalah bermanfaat dan diberkati. segala yang terjadi adalah di bawah kekuasaan-Nya...




p/s: yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya.
wassalamualaikum wrb...





Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...