Skip to main content

bersama rahmat-MU



Ilahi, gembirakan hamba dengan kurnia-Mu
Jua dengan rahmat dan tambahkan keyakinan

Peliharalah hamba dari jalan yang sesat
Kuatkan hamba dengan zahir jalan syariat

Ilahi, agar hamba dapat lihat cahaya
Pada wajah dan jua tujuan mana saja

Ilahi, bentengkanlah hamba dengan syariat
Bahgiakan hamba dengan cinta-Mu dan redha-Mu
Anugerahi ku dengan sempurnanya warisan
Janganlah kau masyhurkan hati dari selain-Mu

Ilahi, cahayakan zahir bahkan batinku
Sucikan hati hamba dengan nur kenabian
Perliharakan hamba dari sakit dan fakir
Dan dari kejahatan mereka yang durjana

Ilahi, perlihara luhur jalan tariqat
Dari kejahatan mereka yang merosakkan
Lepaskan hamba dari hawa dan kepentingan
Rasakan hamba lazat mesra dan kemurnian

Ilahi, tuangkanlah pada hamba minuman
Yang suci daripada samudera warisan
Layanlah hamba dengan ihsan-mu nan budiman
Jalankan hamba pada syariat pendidikan.

LIHAT VIDEO --> "bersama rahmat-mu" 

sumber:
rakaman IKIM.FM
Slot: Topik Jumaat
tajuk: Kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
tarikh: 29 Mac 2013
alunan: Ust Rahmat

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,        ...