imej: google Bola sepak. Satu permainan yang menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat di muka bumi ini. Satu sukan yang kadang kala mampu menyatukan semua pihak dan kadang kala juga mampu memecah belahkan manusia. Sukan yang dijulang begitu tinggi di mata manusia berbanding sukan-sukan yang lain. Hebat. Tapi itu semua bukan yang aku ingin kupas untuk artikel kali ini. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu (19/8/2015) , aku berkesempatan untuk hadir satu perlawanan bola sepak antara Terengganu dan PDRM di Stadium Sultan Mizan , Gong Badak Kuala Terengganu. Kali pertama menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja. Sudah tentu satu pengalaman yang bagi aku agak menarik. Sama-sama bersorak apabila ada gol yang dijaringkan, sama-sama menyanyikan lagu negeri dengan penuh bangga dan sama-sama memberi semangat untuk pasukan Terengganu. Rasa aura melihat perlawanan bola sepak yang agak berbeza dan lebih syok. Namun begitu, mata aku ini kadang kala menjadi tid
Mengejar Cita Demi Pencipta