بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt.
Sahabat sidang pembaca yang disayangi kerana Allah sekalian.
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Kali ini aku masih lagi diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk kembali menulis artikel bagi berkongsi apa yang aku rasa kepada korang semua. insha Allah.
Visi Kehidupan.
Dalam satu organisasi syarikat, visi amat penting dalm menggerakkan hala tuju sesebuah syarikat tersebut. Namun, dalam kehidupan apakah 'visi kehidupan' kita? Ya. Sering kali kita terlihat, ternampak atau terbaca akan ungkapan 'visi' ini bukan? Jadi, apakah pengertian kita mengenai frasa yang mempunyai 4 huruf itu. Ohhh, mungkin kita terlupa. Baiklah. Insha Allah, disini ada sedikit penerangan mengenai makna frasa 4 huruf itu.
"Visi adalah satu pandangan jauh tentang sesuatu tujuan"
Sudah jelas? Baiklah jom kita gabungkan frasa 'visi' ini dengan 'kehidupan'. Akhirnya dua frasa ini akan membuahkan satu ungkapan yang sangat penting sebenarnya. Namun sayang, kita sering melupakannya. *Nanges.
'Visi Kehidupan' merupakan satu pandangan jauh tentang kehidupan. Ya, bukan sahaja kehidupan di alam buana ini tetapi kehidupan selepas kehidupan juga.
Semalam, aku baru sahaja menonton klip video yang bertajuk Diari Ahmad Ammar di TiubAnda (baca= YouTube). Sangat terkesan dengan bicara emas yang diungkapkan oleh Encik Azam, ayahnda kepada Arwah Ahmad Ammar itu. Lebih kurang begini kata beliau,
"Saya menerapkan dua (2) wawasan (dalam erti kata lain adalah visi) kedalam diri Ammar. Pertamanya wawasan 'ummatik' dan yang keduanya wawasan akhirat."
Allahu Allah, kadang kala kita terlupa untuk meletakkan visi kehidupan ini. Oleh itu, aku mengajak diri aku sendiri dan juga yang membaca ini untuk meletakkan dua wawasan atau misi yang hebat ini.
Visi Ummatik
Adalah satu bentuk wawasan bahawa kehidupan ini untuk ummah. Ya, kehidupan ini dihabiskan untuk membantu ummah yang sedang tenat dan sakit. Jadilah insan milik ummah, insha Allah anda tidak akan menyesal. Biarlah diri ini berpenatan di dunia sementara, nescaya tempat rehat sebenar kita hanyalah di sorga!
Visi Akhirat
Salah satu perkara yang sangat penting dalam penghidupan kita diatas muka bumi ini. Mencari seberapa banyak bekalan untuk berkelana di alam akhirat. Ingat, kematian tidak menunggu bila bekalan kita penuh. Dia akan datang menjemput kita bila-bila masa sahaja. Kita doakan semoga pengakhiran kehidupan kita dipuncak amal ibadah kita dan dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah. ameennn...
yukkkk! Ayuhlah anak muda, sahabat yang disayangi sekalian. Kita terapkan dua visi (wawasan) tersebut. Tetapkanlah didalam hati bahawa diri ini milik ummah dan syurga tempat rehat-rehatan kita. insha Allah...
wassalam.
Diri milik ummah, ingin mengejar Jannah.
AshrulAffiq
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan