Assalamualaikum wbt. Tatkala artikel ini ditulis, diriku sedang berada nun tinggi di atas awan kolumbus. Pada saat ini, pesawat Emirates Airbus 380 sedang meluncur laju di langit biru dan berada di kawasan udara India. Perjalanan dari KLIA menuju ke Dubai International Airport memakan masa lebih kurang 6 jam. Uhhhh. Bosan. namun,jasad ini masih lagi segar dan tidak mengantuk, fikiran terbayang akan bumi yang bakal aku jejak nanti, Moscow. Ya, bumi tarbiyah yang aku rindui. Pelik. Berjauhan dengan keluarga bagi sesetengah yang lain membuatkan mereka terus dihuni sedih dan pilu. Bagi aku, perjuangan mesti diteruskan. Perpisahan itu memang sedih, namun jika kita niatkan Kerana Allah, segalanya akan menjadi indah. Insha Allah. Aku jadikan perpisahan itu sebagai satu obor pembakar semangat. Aku tidak ingin air mata yang keluar di hadapan pintu perlepasaan itu hanya satu lakonan dan hipokrit. Menangis tatkala berpisah namun bermain-main dan tidak bersungguh ketika disana. Apa g...
Mengejar Cita Demi Pencipta