Skip to main content

pilihanraya


Assalamualaikum bro! Ape habaq ye? Harap2 sihat n 'rock' sentiasa ye... huhu.
Anda sudah mendaftar sebagai pengundi? Jika anda layak, tunaikanlah kewajipan anda tu ye. Maaf la, aku belum cukup umur lagi. Hehe. Tapi kali ni aku tak nak la bercakap mengenai pilihanraya malaysia tuh. Ape barang bro.... x cool la der.


Pilihanraya yang aku maksudkan adalah 'pilihanraya dalam kehidupan'. Adakah kite sedar yang sepanjang kite hidup ni, setiap masa adalah pilihanraya. Setiap masa kite mesti membuat pilihan. Mahu tak mahu kite mesti membuat 'undian'. Sama ada pilihan kite tu dapat membantu kite dlm proses kehidupan ini ataupun tidak, itu bergantung kepada undian y kite lakukan tu...


So, kite perlu sentiasa muhasabah dan merenung sejenak adakah 'undian' yang kite lakukan itu berdasarkan akal atau iman kite? Insha Allah, jika undian yang dibuat berfasarkan iman kite akan selamat dunia dan akhirat. Tetapi jika ianya bersandarkan kepada akal semata-mata, awas kite mungkin tersilap....
Insha Allah, semoga kita menjadi pengundi yang bijak. Ameennn..

Selamat mengundi. Undi adalah rahsia.hehehe...

wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...