بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah tsumma Allahamdulillah.
Akhirnya kaki ini dapat kembali melangkah dan berpijak di bumi bertuah bernama Malaysia. Menghidup udara Malaysia dan 'bau' orangnya (erkk...?) sungguh membuatkan diri ini keliru. Nak sedih ataupun gembira. Atau mungkin kedua-duanya.
[credit] |
"Of kos la gembira cik abang! gila tak gembira boleh jumpa keluarga, kawan-kawan dan yang paling penting yang sentiasa dinantikan oleh pelajar obesi adalah MAKANAN MALAYSIA. hahaha..."
erkk.... betul! memang tidak dinafikan. Perkara tersebut sentiasa meniti dibibir siap berjoget lambak lagi setiap kali pulang ke tanah air. Makanan? Tak usah cakap banyak. itu sudah tentu. emm... siap buat 'check list' lagi nak makan semua makanan Malaysia sebelum kembali pulang ke bumi tarbiyah, Rusia. huhuhu...
Tetapi.....
jeng..jejeng.....
Terus terang diri ini gementar, sedih dan takut. Mana kan tidak, ketika dibumi asing aku dapat rasakan kemanisan iman, dakwah dan tarbiyah itu yang cukup membuatkan aku segar bugar. Iye lah. di negara orang tidak banyak ujian dan tarikan-tarikan kefuturan itu. Keluar pagi pergi kelas, sambil dalam metro bermathurat dan bertilawah. Balik pergi usrah dan sebagainya. aktiviti penuh dan padat macam sardin cap ayam brand sehinggakan tiada ruang untuk jahiliyyah itu bermaharajalela (ok, kadang-kadang ada juga sebab 'tin' tu terbuka tapi tidak kerap).
Namun, jika di Malaysia cabaran nya sungguh kuat dan amat mencabar! Televisyen, katil yang empuk lagi kenyal, hiburan, dan macam-macam lagi lah. Arghhhhh. shuhhh..shuhh... pergi main jauh-jauh. Itu lah yang sebenarnya bermain-main dikotak fikiran aku. Takut akan lemas dalam godaan ini. Hanya pelampung jati diri iman yang mampu menyelamatkannya dari lautan futur itu. Allah.
* * * * *
Harapan, semoga diri ini terus tsabat dan kuat dalam menangkis serta menendang anasir-anasir ini. semoga mutabaah (cehck list) amal yang diberi oleh murabbi aku sentiasa terjaga. Bagi aku, itulah salah satu cara untuk iman aku maintain kiut miut dan handsome. hehe. insha Allah.
Selain itu, alhamdulillah. Cuti kali ni aku dah buat planning siap-siap sebab nak manfaatkan setiap detik berada di sini. insha Allah. 'Memaksimumkan masa, membuahkan amal'. Tu harapan aku untuk cuti kali ni. Mohon doa dari semua. *buat muka kiut sambil garu-garu kepala yang tak gatal. hehe.
okeh! tu je untuk kali ni. doakan juga agar blog ni kembali segar bugar ye. Dengan waktu yang ada ni mampu aku manfaatkan blog ini. aminnnn!
assalamualaikum!
-----------------------------------
Glosari
Perkataan/Frasa: Futur
Cara sebutan: Foo-turr
Maksud skema: Gugur
Maksud sebenar: Berasa malas dan culas untuk membuat dakwah dan tarbiyah.
Perkataan/Frasa:Tsabat
Cara sebutan: Tsa-bat
Maksud skema: Tetap pendirian
Maksud sebenar: beramal dan berjihad untuk mencapai matlamat dan memperteguhkan.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan