Pejam celik pejam celik terguling sana sini tupp tupp dah masuk ramadhan. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah memilih kita untuk bertemu bulan yang penuh berkat dan rahmat ini. Ada diantara kita yang tahun lepas sama-sama beriftar, berterawih dan bermoreh tetapi tahun ini Allah telah menjemputnya kembali ke pangkuan-Nya... Nanges kuat2... ! Ambil tisu, lap air mata. Tarik nafas... hembus. Fuhhh... Oleh yang demikian, tuan-tuan dan puan-puan yang masih lagi dapat menghirup udara ramadhan yang padanya penuh rahmat ini seharusnya merebut segala peluang yang diberikan. Jangan sia-siakan kerna boleh jadi ini yang terakhir kali untuk kita bertandang ke madrasah ramadhan. Allah.... Moga-moga kita tidak termasuk golongan yang dikatakan oleh junjungan kita, Muhammad SAW: “...... Celakalah bagi sesiapa yang melalui bulan Ramadhan,tetapi tidak diampunkan dosanya sehingga habis Ramadhan..... ” Hadis riwayat Ahmad Allahu Allah. Ada diantara kita yang hany...
Mengejar Cita Demi Pencipta