Menjadi lumrah dan fitrah seseorang insan yang hidup di muka bumi ini untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Namun, jalan perubahan yang ditempuh itu amat sukar dan payah. Ini menyebabkan ramai diantara mereka tersungkur, rebah dan tewas.
Ya, hijrah itu payah. Jika kita berdoa untuk berubah, Allah akan memimpin kita kearah perubahan itu. Namun, harus kita ingat bahawa jalan itu akan membawa kita untuk menempuh pelbagai mehnah dan tribulasi. Kenapa? kerana Allah inginkan kita berubah. Percayalah dengan setiap dugaan yang kita tempuh itu akan menjadikan kita lebih kuat, matang dan 'bersih' dari segala dosa yang selama ini menghantui kita.
Cuba bayangkan proses penapisan air mineral. dari air yang kotor, ianya perlu melalui pelbagai jenis tapisan, saringan dan pemeriksaan sehinggalah ia selamat untuk dikeluarkan. Dari proses saringan, flokulasi, pengenapan, dan akhirnya pengeluaran air itu menjadi bersih serta selamat untuk diminum.
begitulah kita, jika kita berhasrat untuk berubah dan menjadi 'bersih', kita harus melalui pelbagai 'tapisan' iaitu ujian dari Allah. kerana mutiara itu bukan mudah untuk didapati! Percayalah, setiap ujian yang Allah berikan itu ada hikmahnya. Dia inginkan kita menjadi manusia yang kuat dan dekat pada-Nya!
Duhai jiwa-jiwa yang sedang berhijrah, teruslah istiqamah dan kuat dalam menempuh pelbagai mehnah dan ujian dari Allah. Sungguh ujian itu sebagai 'penapis' untuk diri kita, 'penghapus' segala dosa silam dan 'penggilap' segala amalan kita dengan Allah. insha Allah.
semoga aku, kamu, dia dan mereka terus tsabat, tabah dan sabar dalam jalan hijrah ini. amin.
semoga Allah redha!
Muharam, Bersama berHIJRAH menuju syurga
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan