Skip to main content

Meminta pada si Pemberi

Setiap manusia mempunyai keinginan serta harapan pada sesuatu. Benar kan? Itu lumrah bagi manusia. Sudah pasti setiap diantara kita yang mempunyai bermacam-macam perkara yang diingini baik dari segi material mahupun bukan material. Ehh, bukan material? Huh, maksud saya perkara yang bukan berbentuk jisim contohnya kebahagian, ketenangan dan lain lagi la. Huhu.

Mungkin yang tak ada keinginan tu tak normal kot! Ehhh.

Ok, let's imagine. Jika kita ingin meminta pertolongan untuk membaiki kereta, siapa yang harus kita cari? Eh, takkan nak cari tukang masak kot. Sudah tentu 'pomen' atau mekanik kan. Mencari mereka yang arif dalam bidang mereka.

Point disini adalah, jika kita ingin meminta sesuatu, pintalah kepada yang sentiasa mendengar dan yang pasti menolong kita.

Mutakhir ini, dengan kemajuan teknologi 'mukabuku', 'burung biru', dan bermacam lagi laman sosial yang ada, kita lihat masyarakat lebih cenderung untuk meminta pada 'dinding' atau pun di 'garis masa' laman sosial tersebut. Erkkk. Pelik!

Adakah itu dapat membantu? Ataupun ingin menagih simpati, mengumpul banyak 'likes' dan 'tweetbalik' atau apa sebenarnya? Huh. Pening.

As a muslim, we should return to Allah.

‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.’
(Al Baqarah 2:186)

Nah, tawaran dari Allah. Kenapa tidak kita merebut peluang itu? Allah ingin memberi apa sahaja yang kita mahu. Allah kan Maha Berkuasa, lebih berkuasa dari Ayah Pin gua cakap luuu...! Erkk.

Jadi, mulai sekarang jom kita baiki hubungan kita dengan Allah, dekatkan diri dengan-Nya sebab Dia amat dekat dengan kita. "Ayuhannas. Ittaqullah!"

P/s: bukan bermakna 'post' berbentuk doa tak boleh. Tetapi biarlah apa yang kita perlukan itu hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Kalau tujuan untuk mengajak orang lain berdoa, ia sangat baik! Tapi apa pun, lihat hati, tanya niat dan jaga iman. Moga ikhlas!

Wassalam.
AshrulAffiq
Moscow
27092013

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...