Nama aku Lebah atau nama glamor aku Miss Bee. Rutin kehidupan aku seharian, mungkin sama sahaja.
Pada waktu paginya, aku akan keluar dari istana (baca = sarang) dan pergi mencari bunga-bungaan. Aku amat suka bunga yang segar, menarik, serta cantik seperti aku juga. Hehe. Pemilihan bunga ini amat penting bagi aku. Aku amat menitik beratkan kualiti kerana bagi aku, kualiti itu adalah segala-galanya.
Setelah aku temui bunga tersebut, apa lagi aku akan mengambil pati bunga sahaja untuk dibawa pulang. Aku tidak akan merosakkan bunga tersebut. Bagi aku, aku hanya akan ambil benda yang baik-baik sahaja tanpa mencederakan si bunga.
Dalam perjalan pulang, aku tiba-tiba diganggu oleh seorang budak nakal lagi montel. Apa lagi. Tanpa berfikir panjang aku terus 'menghadiahkan' sejarum bisa kepada budak tersebut. Kesian. Tetapi nak buat macam mana, dia lah yang mengacau aku terlebih dahulu. Aku hanya ingin melindulingi diri aku yang cantik berbelang hitam kuning ini. Aku ingin selamatkan maruah diri aku. Tidak salah, kan? Prinsip aku mudah, jika tiada yang mengganggu aku, aku pun tidak akan mengganggu mereka. Mudah.
Mentari senja mula menyising, akhirnya aku pulang ke sarang aku. Aku mengeluarkan segala hasil yang aku kutip di siang hari itu. Wahh.. Pada mulanya sikit, lama-lama hasil maduku betambah banyak. Setelah beberapa bulan, segala maduku diambil oleh manusia. Bagi aku, biarlah manusia itu ambil kerana aku tahu ianya amat bermanfaat untuk manusia. madu sangat tinggi khasiatnya!
Begitulah runtin kehidupan seharian aku. Hari berganti hari. Bulan bertukar bulan. Tugas dan rutinku adalah sama hingga aku meninggalkan dunia ini. bekerja untuk manfaat manusia. itu lumrah hidupku.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
1. Memilih serta menjalankan sesuatu perkara yang baik dan berkualiti kerana ianya sangat dituntut dalam islam.
2. Menjadikan segala input yang diberi adalah baik dan output yang akan keluar pun baik.
3. Berkhidmat dan berbakti kepada manusia untuk kesejahteraan bersama dengan mengharap redha Allah.
4. Tidak mengganggu orang lain dan hanya bertindak atas alasan melindungi diri sahaja.
Ada lagi ibrah yang boleh dikongsikan? Ayuh, tinggalkan di ruang komen di bawah. ^_^
pautan: pengajaran, kisah lebah, rajin, madu, cerita lebah.
an-nahl(lebah) surah ke 16 dlm alquran.
ReplyDeletebetul2... jazakallah khair.. =)
Delete