Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Kisah Si Bunga

Bunga itu cantik Bunga itu memikat Bunga itu menawan Ya, Bunga itu ada kisahnya Kisah sang penagih cinta Kisah sang pejuang bahagia Tatkala ianya kembang melata Kelopak mekar mendongak gembira Dedaun hijau melambai mesra menari-menari tanda gumbira Semuanya indah berlaka! Namun, Masa silih berganti Waktu silih berkerjaran Sudah tiba masa tua Senja menyapa menjemput pergi Dipandang tidak dipuji tidak Dulunya diagung sekarangnya dihina Sebelumnya cantik selepasnya buruk Itulah hakikat itulah realiti Sepertinya kita manusia Apa yang ada apa yang dipuji Tidak kekal tidak juga selamanya Kita pasti pergi pasti juga tidak kembali meninggalkan segala hal duniawi Cantik, rupa, dan harta Tiada berguna dialam sana hanya amal menjadi bekal Hanya iman harta warisan Membawa dulang ibadah sebagai santapan Untuk bertemu Sang Pemilik Alam Mengharap jannah menagih redha Allah... Insha Allah. #sesungguhnya segala yang dianugerahkan oleh Allah ini hanyalah sementa

Aku budak kampus

Alhamdulillah... Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Nampaknya adik-adik lepasan spm sudah sibuk bersiap diri untuk melangkah kaki ke alam menara gading. Yeahh.. mungkin alam ini dianggap begitu menyeronokkan. Mana taknya. Alam universiti ni telah di"gula-gula"kan dengan pelbagai seribu satu kisah dongeng kemanisan. Antaranya kebebasan, bercinta, tiada lagi pakain seragam dan sebagainya. Amat berbeda dengan alam sekolah dulu yang sentiasa terikat dengan peraturan, disiplin, pakaian seragam. Arghhh.. rimas. Eh, sekejap. Melangkah ke menara gading ini bukanlah satu kredit untuk diri kita bebas sepenuhnya. Ya, mungkin pada tahap ini kita tidak perlu lagi berpakaian seragam putih, seluar hijau sampai atas pusat (erkkkkk????), berbutang baju sampai ke tekak, bertali leher dan sebagainya. Tetapi, penampilan itu amat perlu dititik beratkan. Bak kata orang putih, "first impression". Penampilan itu sendiri menggambarkan keperibadian kita. Bukan nak

bersama rahmat-MU

Ilahi, gembirakan hamba dengan kurnia-Mu Jua dengan rahmat dan tambahkan keyakinan Peliharalah hamba dari jalan yang sesat Kuatkan hamba dengan zahir jalan syariat Ilahi, agar hamba dapat lihat cahaya Pada wajah dan jua tujuan mana saja Ilahi, bentengkanlah hamba dengan syariat Bahgiakan hamba dengan cinta-Mu dan redha-Mu Anugerahi ku dengan sempurnanya warisan Janganlah kau masyhurkan hati dari selain-Mu Ilahi, cahayakan zahir bahkan batinku Sucikan hati hamba dengan nur kenabian Perliharakan hamba dari sakit dan fakir Dan dari kejahatan mereka yang durjana Ilahi, perlihara luhur jalan tariqat Dari kejahatan mereka yang merosakkan Lepaskan hamba dari hawa dan kepentingan Rasakan hamba lazat mesra dan kemurnian Ilahi, tuangkanlah pada hamba minuman Yang suci daripada samudera warisan Layanlah hamba dengan ihsan-mu nan budiman Jalankan hamba pada syariat pendidikan. LIHAT VIDEO --> "bersama rahmat-mu"  

hakikat kebenaran

"kebenaran itu umpama pohon yang menjalar. daunnya semakin hari semakin tinggi memancarkan kebenaran, manakala akarnya semakin hari semakin kukuh memasak ke dalam perut bumi..." sungguh yang Haq akan terbukti benar dan yang batil akan terbukti salah duhai teman,  sabarlah dalam menegakkan keadilan. berani kerana benar. biar masa menjadi saksi kepada perjuangan suci ini moga dipermudahkan Allah. 

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida