Assalamualaikum uoollsssss!
Hurmm... pernah tak kita merasakan bahawa dunia ini tidak adil? Mana tak nya, segala keinginan dan hajat kita tak tercapai. Kita dah usaha bersungguh-sungguh, dah buat macam-macam malah ada yang lebih dahsyat, pergi jumpa bowoh siam (aik? Asal bomoh je, siam. Asal siam je bomoh. Tak faham eden. Hehe. *erkk, merepek) tetapi hajat kita masih lagi tak kesampaian... yang lagi tak adil, kita lihat mereka yang kurang berusaha itu dapat natijah yang bagus dan ngetop! adilkah dunia itu?
fuhhh.... bawa mengucap. Tarik nafasss.... hembussss.. tarikkkk... hembussss... ok.
Sahabat semua,
Jika kita menilai dari segi dunia semata-mata, memang kita akan menganggap dunia ini sentiasa tidak adil. Tetapi pernahkah kita melihat segala nikmat Allah yang telah kita dapat berbanding mereka yang Allah tidak berikan nikmat itu. Adakah kita tak merasakan itu adalah tidak adil? mengapa kita dapat dan mereka tidak? Apabila kita selalu merasakan diri ini susah, ingatlah ada lagi yang jauh lebih susah daripada kita. Percayalah dunia ini adil bro. Cuma kita sahaja melihatnya dari kaca mata diri kita sahaja.
"Allah tak akan membebani kita diluar takat kemampuan kita."
Bagi uolllsss yang dah berusaha tetapi masih lagi gagal dan tidak mendapat apa yang kita idamkan itu. Ingatlah, Allah lebih menilai usaha kita berbanding dengan natijahnya. Mungkin Allah sedang menguji keimanan kita, atau mungkin Allah sedang merindui kita untuk bersujud kepada-Nya, Allah rindu akan kemerduan suara rintihan kita. Sebenarnya, Allah maha Mengetahui.
"DIA HANYA MEMBERI APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU."
Buat mereka yang kurang berusaha, tetapi berjaya mendapat apa sahaja yang kamu hajati. AWAS. Sebenarnya Allah juga sedang menguji kamu. Dia ingin melihat sama ada uollsss bersyukur atau tidak dengan pemberian nikmatnya. Kalau bersyukur, alhamdulillah. Tetapi bagi yang tak bersyukur kamu harus takut kerana mungkin dengan perkara itu kamu telah dijauhkan daripada Allah.... nauzubillah.
Duhai jiwa, duhai hati. Ingatlah bahawa setiap aturan Allah itu adalah yang terbaik....
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
P/s: buat penerima keputusan spm baru-baru ini. Tahniah atas apa jua keputusan yang uollss dapat. Yang pasti perjalanan ini masih panjang. Insha Allah, semoga berjaya dunia akhirat.
Adiosss!
Wassalam.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan