Skip to main content

kita Islam atau kita islam?

assalamualaikum wrh...


kalau dalam post aku sebelum ni, ( link ) aku ada sembang tentang mengenali Tuhan yang menciptakan kita kan? so, kali ni aku nak curik mase korang untuk baca artikel aku tentang 'siapa kita?' pulak.... huhu...


siapa kita?

 atau

faham tak? apa bezanya soalan itu? huhu.... ok, jom kite relaks2 n lepak2 dulu. jangan gaduh2 utk fikirkan jawapan tu. jom kite kaji same2 ye....


ok, kita tengok yang pertama tu. "kita Islam". korang perasan tak yang huruf "I" bagi perkataan Islam itu adalah huruf besar? 
so, kalau ikot dari seki hukum tatabahasa yang korang belajar kat sekolah tu, perkataan yang huruf besar maksudnye KATA NAMA kan? setuju? beres... kalau korang dah stuju, kite proceed utk next sentence tu...

kalau korang perasan gak, yang ni "i" bagi "islam" tu huruf kecil kan?
jadi mengikut kitab keturunan nenek moyang tatabahasa melayu, huruf kecil untuk KATA KERJA n lain2 la.. ok, beres kan? baik... dah jelas. so, meh kita berfikir sal jawapan plak...

apa beza KATA NAMA dan KATA KERJA? kata nama hanyalah nama semata-mata. bagi kata kerja adalah perbuatan atau kelakuan. 
so, korang mesti tahu yang islam yang kita warisi ni adalah islam yang macam mana. islam yang sekadar hanya tepampang pada mykad korang (dbwh gmbr ic anda y kiut tu.. hehehe...) atau islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian?


islam adalah ad-deen (kehidupan). ini bermakna, islam adalah satu cara hidup yang bermula dari korang bukak mata n sampai kotang pejam balik mata tu... itu adalah islam! bukan islam yang hanya di mykad, facebook, twitter dan bebagai tu... serta bukan jugak islam di mulut, yang hanya pandai berkata-kata mengenai islam....


p/s: insha Allah, ni adalah perkongsian dan juga peringatan untuk aku dan juga korang semua. y baik itu dari Tuhan Yang Maha Sempurna, dan yang buruk itu juga dari Dia, tetapi kerana keTIDAKSEMPURNAan diri aku ini.


konklusinya? y mana satu korang nak pilih? "islam" atau "Islam"?
tepuk dada, tanya iman anda..

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...