Assalamualaikum wrb. Как дела?(apa khabar). Dah makan belum? Kalau belum makan, datang la Moscow ni nak masak. Hehehe.
`sesungguhnya aku berlindung daripada syaitan yang direjam`
aik? Mesti tertanya-tanya kan, kenapa tiba-tiba post aku mengenai kahwin kan? Aku dah nak kahwin? Uish.... tak la. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, pada 27hb Januari 2012 yang lalu aku telah menghadiri kursus pra perkahwinan anjuran kelab UMNO moscow dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka. Majlis penututp program ini disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka ketika majlis makan malam.
Sepanjang kursus banyak juga input yang aku dapat dan banyak juga yang perlu aku pelajari. Memasuki gerbang perkahwinan ini bukanlah sesuatu yanh mudah, semudah diungkapkan. Ia memerlukan Komitmen yang tinggi dalam melaksanakan amanah itu. Proses pembinaan 'masjid' ini perlulah dilengkapi tiang keimanan, tiang kejujuran dan lain-lain lagi agar kehidupan rumah tangga akan bahagia serta generasi yang diredhai Allah.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah dan merupakan salah satu cara bagi menghalalkan hubungan antara kaum adam dengan kaum hawa.
Bila kau nak kahwin? Dengan siapa ea? Wow! Soalan yang agak subjektif. Huhu. Jodoh itu di tangan Allah. Jika jodoh aku dalam masa terdekat, aku redha dengan ketentuannya. Huhu. Tapi aku rase tak kot dalam masa terdekat ni. Hehehe. Sabar ye. Tapi, apa pendapat korang semua mengenai kahwin muda terutamanya ketika belajar? Persoalan ini sangat subjektif dan ia mengikut pendirian masing-masing. Allahu'alam.
Selain itu, ingatan untuk diri aku sendiri dan para pembaca sekalian untuk memilih pasangan kita kelak, usah kita memilih calon isteri kita tetapi pilihlah calon ibu kepada anak kita kelak. Faham kan? Huhu.
"Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya."
untuk memilih pasangan yang soleh atau solehah, pertamanya kita perlu menjadi seorang yang soleh atau solehah terlebih dahulu.
hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Dikahwini wanita kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Oleh itu utamakanlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” (hadis riwayat Muslim)
Kesimpulannya, perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang sangat digalakkan dalam Islam dan ia merupakan satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Binalah rumahtangga yang harmoni berlandaskan syariat Islam agar akan lahir generasi yang mampu mengembalikan kegemilangan umat Islam. Insha Allah.
Assalamualaikum wrb.
SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!

GAMBAR SEKITAR PROGRAM
Assalamualaikum wrb.
SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!
jom like fan page FB aku! :
Published with Blogger-droid v1.7.4
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan