Skip to main content

belajarlah untuk menerima...

assalamualikum wrb....
macam mana kita pada hari ini? bersyukurlah kepada Allah kerana masih membenarkan kita untuk menghirup oxygen-Nya bagi meneruskan kehidupan. alhamdulillah, masih sempat kita bertemu dengan bulan yang mulia ini..

pernahkah kita mendengar kata-kata ini, "TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA KECUALI RASULULLAH"...? sudah tentu kata-kata ini sering menjadi santapan halwa telinga kita bukan?


tetapi, timbul satu persoalan. kenapakah kita hanya mendengar tetapi tidak menghayatinya??? seringkali kita memaki hamun mereka yang melakukan kesilapan padahal kesilapan itu hanyalah kecil sahaja. pernah sahaja kita membenci mereka yang melakukan maksiat dan mengasingkan mereka yang jahil dalam hidup kita. mengapa itu berlaku?

sidang pembaca sekalian, sebagai seorang yang beriman, kita tidak patut mengasing serta membenci kepada mereka yang bergelumang dengan dosa. sebaliknya, kita patut sayang dan kasihan akan mereka. mesti bunyinya agak pelik kan? betul... kita perlu sayang serta prihatin kepada mereka kerana tidak mendapat hidayah dari Allah tidak seperti kita.

namun, kita perlu ingat, mereka yang bergelumang dengan dosa itu masih mempunyai peluang untuk menjejaki syurga Allah dan bagi yang beriman juga tidak mustahil akan tergelincir ke dalam neraka jahanam.

oleh yang demikian, kita harus menerima mereka seadanya. tugas kita sebagai seorang muslim adalah berdakwah kepada mereka. berdakwah itu adalah satu kewajipan bagi seorang muslim. biar ape orang nak kata tentang kita.

"berkawan dengan mereka yang tak tutup aurat...tak elok tuh.." 


"mane boleh kite kawan dengan mereka yang buat maksiat..."

maka, jawablah kita,
"argh... bagi aku, aku tahu apa yang aku lakukan.... niat aku hanya Allah sahaja yang tahu kan?"

akhirulkalam, kita sebagai saudara seislam harus belajar untuk menerima dan beriktikad untuk menolong mereka yang masih lagi mendapat cahaya petunjuk Allah...(peringatan buat diri ini juga..)



segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya ini...

assalamualaikum wrb...


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,        ...