assalamualaikum wrb..
apa khabar semua? harap-harap kita terus diberikan nikmat kesihatan bagi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. insyaAllah..
wahai melayu, dimana kebijaksanaan kita untuk membezakan yang mana hak dan yang mana batil... |
baru-baru ini, terlihat satu artikel dalam akhbar arus perdana yang hangat mengatakan soal perhimpunan BERSIH yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini. terdetik hati ini, apa yang akan jadi pada negara Malaysia nanti??? memanglah dikatakan perhimpunanan ini akan dijalankan secara aman. namun, cuba kita fikir elok-elok, mampukah barisan AJK perhimpunan ini mengawal seluruh ahlinya yang bilangan mencecah ribuan??? sudah terang lagi nyata ianya TIDAK boleh. fikir lah logik... pasti akan berlaku kekecohan nanti... pastu, akan menjatuhkan ekonomi serta keamanan negara. siapa yang rugi? KITA lah, rakyat Malaysia...
hiasan- mampukah dengan perhimpunan haram menyelesaikan masalah??? |
satu lagi? wahai orang melayu... tahukah kita siapa pengerusi perhimpunan ni? untuk makluman semua pengerusinya ialah:
siapa dia sebenarnya??? |
Nama: Ambiga Sreenevasan
- Agama Hindu
- Bekas Presiden Majlis Peguam
- Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
- Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
- Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
- Penyokong Tegar Kes Murtad
- Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
- Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.
nah..!!! tak sedar lagi ke kita orang MELAYU ISLAM ni??? apa motif dia sebenarnya? memecahkan umat islam???
selamatkanlah malaysia... |
kepada yang berkenaan ataupun yang ada hasrat untuk menyertai perhimpunan ni, di sini saya ingatkan diri saya juga dan saudara/i , bertaubatlah kepada Allah. sesungguhnya Islam tak mengajar kepada kekerasan. jika berlaku kepincangan sekalipun dalam pimpinan kerajaan, gunalah saluran yang betul. janganlah kita rosakkan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, warga Malaysia sekalian... bersyukurlah dengan keamanan yang kita nikmati ini. janganlah kita mudah percaya dengan kata-kata orang, selidiklah dahulu yang mana hak dan yang mana batil...
Ya Allah, selamatkanlah Negaraku dari segala ancaman dan anasir-anasir yang mampu memecah-belahkkan kami.... satukanlah hati-hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang lurus... ya Allah, sedarkanlah saudara kami yang masih terleka dan tersesat jauh dari landasan-Mu Ya Allah.... makbulkanlah doa kami ini...amin...
p/s: segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri..
assalamualaikum wrb....
hm. hm.. pencerahan baru ni.. tak tahu nak komen apa, nnt kena berdebat pula..hehe.. kheir inshaAlla.. moga Allah tunjukkan jalan kebenaran untuk kita dan berikan taufiq untuk kita mengikutinya, begitu juga sebaliknya.. =)
ReplyDelete:) thnks ashrul
ReplyDelete