credit: google "Abang, saya tak pandai cakap macam mana nak mengendalikan usrah?" "Akak, Aimi rasa tak yakin dan tak bersedia lagi nak jadi akak naqibah ni" Sepanjang seusia setahun jagung aku dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini, itulah antara dialog yang mungkin pernah aku ungkapkan dulu serta asyik diulangi pada generasi yang berikutnya. Boleh jadi itu skrip lama yang sentiasa diulang tayang oleh mereka yang terbabit dalam 'geng usrah' ini terhadap abang naqib atau akak naqibah mereka bagi mengelat diri dari menjadi mata rantai penyambung dakwah. Aku berfikir sejenak, entah mengapa dialog itu aku gunakan sedangkan aku mengetahui bahawa semua manusia tidak sempurna dan aku dapat rasakan melalui medan itulah aku mampu mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Allahu. Nasib baik hidayah Allah itu tidak hilang dengan alasan menggunung aku itu, alhamdulillah. Duhai diriku dan insan diluar sana, ketahuilah untuk menjadi naqib mahupun naqi...
Mengejar Cita Demi Pencipta