assalamualaikum wrh... Alhamdulillah, Allah masih menguatkan jari jemari aku serta minda ini untuk berkongsi sesuatu kepada semua walau diri ini sedang diuji oleh-Nya. namun, aku merasakan ianya perlu di share kan kepada semua agar manfaatnya boleh kita sampaikan kepada manusia yang lain. insha Allah. ketika ini, diri aku sedang diuji oleh Allah dengan kegagalan. kegagalan disamping semua orang sedang bahagia mengecapi kejayaan. ya, kadang kala diri ini terasa lemah dan down . namun, apabila diingatkan doa yang dibaca setiap kali solat, "ya Allah, tingkatkanlah iman aku, berikanlah aku kekuatan...". aku pasrah dan redha.... "tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi mereka tidakk diuji". "Puncak keakraban seseorang hamba dengan Tuhannya ialah apabila dia diuji, dia merasa bahagia. Kerana dia tahu, semakin kuat Allah mengujinya, itulah tanda Allah mengambil berat dan cinta kepadanya. Tanpa ujian, hidupnya terasa hambar, tawar tanpa cinta. A...
Mengejar Cita Demi Pencipta