Skip to main content

Masjid Bersejarah Moscow, Moscow, Russia - Masjid tertua

assalamualaikum wrb...
alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana kita msih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati kehidupan di dunia ini.

ketika di dalam masjid.
alhamdulillah, aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk menjejaki satu lagi masjid yang terletak di bumi moscow ini. masjid ini terletak di kawasan Beloruskaya. Nama masjid ni, Bersejarah Moscor atau The Old Mosque of Moscow (Московская историческая мечеть). Tetapi aku lebih mesra memanggil masjid ini Masjid Tetyakov kerana ianya terletak berhampiran dengan Stesen Metro Tetrakovskaya. masjid ini agak kecil sedikit kalau nak dibandingkan dengan masjid sabornaya.

Dikatakan bahawa masjid ini adalah masjid tertua yang terdapat di Moscow ini. Allahu Allah. Begitu jauh islam tersebar. Terasa begitu kagum dengan semangat para pendakwah yang sanggup berkelana beribu batu demi menyampaikan kalimah syahadah dan menyebarkan agama yang cukup sempurna ini, Islam.


suasana di kawasan masjid.

di hadapan pintu masuk masjid.
perjalanan kami ke sini ditemani oleh kakak2 senior yang baik hati... nak kate jauh tu boleh tahan lar. dalam satu jam perjalanan dari kawasan asrama aku ini. kami perlu berjalan kaki, menaiki bas dan juga menaiki metro (kereta api bawah tanah). semua ini adalah rutin biasa untuk bergerak di negara bekas komunis ini. setelah melalui semua itu, alhamdulillah, kami sampai tempat yang dituju...

sabar menunggu bas...

sempat lagi bergambar di bus stop...

ni suasana dalam bas.

menuruni escalator untuk menaiki metro... *agak tinggi...

suasana di tempat menunggu metro.

suasana kawasan masjid agak tenang dengan masyarakat islam yang sangat mesra... bersebelahan masjid ini juga terletak sebua kafe halal. jadi, sebelum aku serta rakan-rakan yang lain menunaikan solat zohor di masjid tersebut, kami sempat menikmati makanan di kafe tersebut. alhamdulillah, aku dapat bertemu dan berbual-bual dengan salah seorang muslim di sana. banyak juga yang kami bualkan. yang paling best, beliau mengatakan bahawa "Malaysia is good and beautiful country". huhu.. alhamdulillah...

ni kat dalam kafe halal tu..

menikmati juadah halal... alhamdulillah.

ini ploaf- lebih kurang nasi arab kot.
nasi macam nasi briani, makan dengan daging.
harga RM12

ini manti - berintikan daging...
harga RM 12
setelah makan, kami masuk ke masjid dan menunaikan solat zohor. suasana di dalam masjid lebih kurang dengan masjid di malaysia. sungguh cantik, aman dan menarik. alhamdulillah, suasana dalam masjid ini juga dipenuhi dengan masyarakat islam yang tekun menunaikan ibadat kepada Allah...

Alamat:

Bolshaya Tatarskaya ulitsa, Street 28, page 1, Moscow, Russia, 115184


Untuk Maklumat lebih lanjut mengenai masjid ini: PAUTAN


video pendek suasana di dalam masjid.


itu sahaja untuk entry pada kali ini. semoga Allah mempertemukan kita kelak. insyaAllah...

assalamualaikum wrb.

salam seribu kali sayang dari bumi moscow!



Comments

  1. salam. MasyaAllah, indahnya.. :) sronoknya jdi prantau ngra org, apatah lgi jdi stdnt...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege